LawPlayer
My bookmarks
← Langkawi International Yachting Companies Act 2005

Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 127

Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 127

Act no.
Act 643
Text as at
Status
Not yet in force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Langkawi International Yachting Companies Act 2005 [Act 643], s 127

s 127 Effect of striking off

(1) Where the name of a Langkawi company has been struck off the register, the Langkawi company, and the directors, members, liquidators and receivers of the company, shall not— (a) commence any legal proceedings, carry on any business or in any way deal with the assets of the Langkawi company; (b) defend any legal proceedings, make any claim or claim any right for, or in the name of, the Langkawi company; or (c) act in any way with respect to the affairs of the Langkawi company. (2) Notwithstanding subsection (1), where the name of the Langkawi company has been struck off the register, the Langkawi company, or a director, member, liquidator or receiver of the company, may— (a) apply to the Registrar for the Langkawi company to be registered afresh; (b) continue to defend proceedings that were commenced against the Langkawi company prior to the date of the striking off; and (c) continue to carry on legal proceedings that were instituted on behalf of the Langkawi company prior to the date of striking off. (3) The fact that the name of a Langkawi company has been struck off the register does not prevent— (a) the Langkawi company from incurring liabilities; (b) any creditor from making a claim against the Langkawi company and pursuing the claim through to judgement or execution; or (c) the appointment by the Court of an official liquidator for the Langkawi company under Parts VIII and X of the Companies Act 1965, in so far as they relate to a Langkawi company limited by shares. Schedule [Section 25] powers of langkawi company 1. To carry on any business, other than a business which is prohibited by this Act or the regulations from being carried on, which may seem to the company capable of being conveniently carried on or calculated directly or indirectly to enhance the value of or render profitable any of the company’s property or rights. 2. To enter into or be a party to any transaction or document. 3. To acquire, hold, dispose of or deal with any information or rights or property of any kind. 4. To acquire, hold, dispose of or deal with the whole or any part of the undertaking of any other company, association or business. 5. To dispose of or otherwise deal with the whole or any part of its undertaking or business. 6. To assume any duties, obligations or liabilities. 7. To acquire any rights or interests. 8. To provide or procure provision of any services. 9. To lend and borrow. 10. To procure its registration or recognition in any place outside Langkawi. 11. To create and extinguish liabilities and rights and interests. 12. To issue shares and debentures, and to take shares and debentures and to redeem and forfeit the same. 13. To employ or retain persons in and about its business or the business of any other company or person. 14. To give indemnities and guarantees and obtain indemnities and guarantees. 15. To take out insurance of all kinds whether over the property or rights of the company or not. 16. To promote any other company. 17. To make gifts, donations and wages which may lawfully be made, whether the same may, or may not, be for the purpose of advancing its business. 18. By way of settlement or other dealing or disposition, to give the right to a person not a member of the company to share in the whole or any part of its gains or profits to the exclusion of its members, provided that in exercising such power no distribution of gains or profits shall be made pursuant to such settlement, disposition or other dealing which would exceed the amount properly distributable as a dividend or properly capable of being returned as capital surplus to some or to all of the members of the company. 19. To do any of the things which it may do in association with any other person and as principal or agents or as trustee or for its own benefit. 20. To promote any other business. 21. To do all such things as are incidental or conducive to the exercise of the powers of the company. 22. To do all other things which are not prohibited by or under this Act or the regulations. LAWS OF MALAYSIA

Malay text (authoritative)

Kesan pembatalan

(1) Jika nama suatu syarikat Langkawi telah dibatalkan daripada daftar, syarikat Langkawi itu, dan pengarah, anggota, pelikuidasi dan penerima syarikat itu, tidak boleh— (a) memulakan apa-apa prosiding undang-undang, menjalankan apa-apa perniagaan atau dalam apa-apa cara berurusan dengan aset syarikat Langkawi itu; (b) membela apa-apa prosiding undang-undang, membuat apa-apa tuntutan atau menuntut apa-apa hak untuk, atau atas nama, syarikat Langkawi itu; atau (c) bertindak dengan apa-apa cara berkenaan dengan hal ehwal syarikat Langkawi itu. (2) Walau apa pun subseksyen (1), jika nama syarikat Langkawi itu telah dibatalkan daripada daftar, syarikat Langkawi itu, atau seorang pengarah, anggota, pelikuidasi atau penerima syarikat itu, boleh— (a) memohon kepada Pendaftar supaya syarikat Langkawi itu didaftarkan semula; (b) terus membela prosiding yang telah dimulakan terhadap syarikat Langkawi itu sebelum tarikh pembatalan itu; dan (c) terus menjalankan prosiding undang-undang yang telah dimulakan bagi pihak syarikat Langkawi itu sebelum tarikh pembatalan. (3) Hakikat bahawa nama syarikat Langkawi itu telah dibatalkan daripada daftar tidak menghalang— (a) syarikat Langkawi itu daripada menanggung liabiliti; (b) mana-mana pemiutang daripada membuat suatu tuntutan terhadap syarikat Langkawi itu dan meneruskan tuntutannya sehingga penghakiman atau pelaksanaan; atau (c) pelantikan oleh Mahkamah seorang pelikuidasi rasmi untuk syarikat Langkawi itu di bawah Bahagian VIII dan X Akta Syarikat 1965, setakat yang ia berhubung dengan suatu syarikat Langkawi yang dihadkan melalui syer. Jadual [Seksyen 25] KUASA SYARIKAT LANGKAWI 1. Untuk menjalankan apa-apa perniagaan, selain suatu perniagaan yang dilarang oleh Akta ini atau peraturan-peraturan daripada dijalankan, yang pada pandangan syarikat itu boleh dengan mudahnya dijalankan atau yang dikira boleh, secara langsung atau tidak langsung, menambahkan nilai atau menjadikan beruntung apa-apa harta atau hak syarikat itu. 2. Untuk membuat atau menjadi suatu pihak kepada apa-apa transaksi atau dokumen. 3. Untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau berurusan dengan apaapa maklumat atau apa-apa jenis hak atau harta. 4. Untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau berurusan dengan keseluruhan atau mana-mana bahagian pengusahaan mana-mana syarikat, persatuan atau perniagaan lain. 5. Untuk melupuskan atau selainnya berurusan dengan keseluruhan atau mana-mana bahagian pengusahaan atau perniagaannya. 6. Untuk mengambil alih apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiliti. 7. Untuk memperoleh apa-apa hak atau kepentingan. 8. Untuk menyediakan atau memperoleh penyediaan apa-apa perkhidmatan. 9. Untuk memberi pinjaman dan meminjam. 10. Untuk memperoleh pendaftaran atau pengiktirafannya di mana-mana tempat di luar Langkawi. 11. Untuk mewujudkan dan menghapuskan liabiliti dan hak dan kepentingan. 12. Untuk menerbitkan syer dan debentur, dan untuk mengambil syer dan debentur dan untuk menebus dan melucuthakkan syer dan debentur itu. 13. Untuk mengambil kerja atau mengekalkan orang dalam dan berkenaan dengan perniagaan syarikat itu atau perniagaan mana-mana syarikat atau orang lain. 14. Untuk menanggung rugi dan menjamin dan untuk mendapatkan tanggung rugi dan jaminan. 15. Untuk mengambil semua jenis insurans sama ada ke atas harta atau hak syarikat itu atau tidak. 16. Untuk menaja mana-mana syarikat lain. 17. Untuk memberikan hadiah, derma dan upah yang boleh dibuat dengan sah di sisi undang-undang, sama ada hadiah, derma atau upah itu adalah bagi maksud memajukan perniagaan syarikat itu atau pun tidak. 18. Dengan cara penyelesaian atau urusan atau pelupusan lain, untuk memberikan hak kepada seseorang yang bukan seorang anggota syarikat itu untuk berkongsi dalam keseluruhan atau apa-apa bahagian perolehan atau keuntungan syarikat itu dengan mengetepikan anggota syarikat itu, dengan syarat bahawa dalam menjalankan kuasa sedemikian tiada pembahagian apa-apa perolehan atau keuntungan itu boleh dibuat menurut penyelesaian, pelupusan atau urusan lain itu yang boleh melebihi amaun yang sewajarnya boleh dibahagikan sebagai dividen atau yang sepatutnya boleh dipulangkan sebagai lebihan modal kepada beberapa atau semua anggota syarikat itu. 19. Untuk membuat apa-apa benda yang syarikat itu boleh membuat secara bersekutu dengan mana-mana orang lain dan sebagai prinsipal atau ejen atau sebagai pemegang amanah atau bagi faedah syarikat itu sendiri. 20. Untuk menaja apa-apa perniagaan lain. 21. Untuk membuat segala perkara benda yang bersampingan dengan atau berfaedah bagi penjalanan kuasa syarikat itu. 22. Untuk membuat semua benda lain yang tidak dilarang oleh atau di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan. undang-undang malaysia akta syarikat kapal layar antarabangsa langkawi 2005

Read this section in the full act → · Open Part X →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Langkawi International Yachting Companies Act 2005, s 127 is headed “Effect of striking off” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Langkawi International Yachting Companies Act 2005, s 127 begins “(1) Where the name of a Langkawi company has been struck off the register, the Langkawi company, and the directors, members, liquidators…”.
Location
Langkawi International Yachting Companies Act 2005, s 127 is placed under “Part X: Miscellaneous”.
Version
The text of Langkawi International Yachting Companies Act 2005 on LawPlayer follows the version published by Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) as at 1 January 2006.
Status
As at 23 September 2026, Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) listed Langkawi International Yachting Companies Act 2005 as not yet in force.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Langkawi International Yachting Companies Act 2005, s 127 is s 126.
Synced
LawPlayer last synced the text of Langkawi International Yachting Companies Act 2005 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Langkawi International Yachting Companies Act 2005, s 127 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry

What to look at next