s 17 Company auditors
(1) A person shall not knowingly consent to be appointed, and shall not knowingly act, as an auditor for any Langkawi company under this Act and shall not prepare for or on behalf of the company any report required by this Act to be prepared by an approved auditor—
(a) if he is not an approved auditor;
(b) if he is indebted to the company or to a company which is deemed to be related to that company by virtue of section 4 in an amount exceeding five thousand dollars or an equivalent amount in any other currency;
(c) if he is—
(i) an officer of the company;
(ii) a partner, employer or employee of an officer of the company;
(iii) a partner, or employee of an employee of an officer of the company;
(iv) a spouse of an officer of the company;
(v) a spouse of an employee of an officer of the company; or
(vi) a shareholder, or the spouse of a shareholder, of a corporation whose employee is an officer of the company; or
(d) if he is responsible for, or if he is the partner, employer or employee of a person responsible for, the keeping of the register of members or the register of holders of debentures of the company.
(2) For the purposes of subsection (1), a person shall be deemed to be an officer of a Langkawi company if he is an officer of a company that is deemed to be related to the Langkawi company by virtue of section 4 or he has, at any time within the preceding period of twelve months, been an officer or promoter of the Langkawi company or of the other company.
(3) For the purposes of this section, a person shall not be deemed to be an officer of a Langkawi company by reason only of his having been appointed as an auditor of a company.
(4) No person shall appoint a person as an auditor of a Langkawi company unless the person to be appointed as an auditor has, prior to such appointment, consented in writing to act as such auditor.
(5) The Minister may make regulations requiring approved auditors to insure against their liabilities as auditors of Langkawi companies.
Malay text (authoritative)
Juruaudit syarikat
(1) Seseorang tidak boleh dengan disedarinya bersetuju untuk dilantik, dan tidak boleh dengan disedarinya bertindak, sebagai seorang juruaudit bagi mana-mana syarikat Langkawi di bawah Akta ini dan tidak boleh menyediakan untuk atau bagi pihak syarikat itu apa-apa laporan yang dikehendaki oleh Akta ini supaya disediakan oleh seorang juruaudit yang diluluskan—
(a) jika dia bukannya seorang juruaudit yang diluluskan;
(b) jika dia terhutang dengan syarikat itu atau dengan suatu syarikat yang disifatkan berkaitan dengan syarikat itu menurut kuasa seksyen 4 dalam suatu amaun yang melebihi lima ribu dolar atau suatu amaun yang setara dalam apa-apa mata wang lain;
(c) jika dia ialah—
(i) seorang pegawai syarikat itu;
(ii) seorang pekongsi, majikan atau pekerja seseorang pegawai syarikat itu;
(iii) seorang pekongsi, atau pekerja seorang pekerja seseorang pegawai syarikat itu;
(iv) seorang suami atau isteri seseorang pegawai syarikat itu;
(v) seorang suami atau isteri seorang pekerja seseorang pegawai syarikat itu; atau
(vi) seorang pemegang syer, atau suami atau isteri seorang pemegang syer, suatu perbadanan yang pekerjanya ialah seorang pegawai syarikat itu; atau
(d) jika dia bertanggungjawab untuk, atau jika dia ialah pekongsi, majikan atau pekerja seorang yang bertanggungjawab untuk, menyimpan daftar anggota atau daftar pemegang debentur syarikat itu.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai suatu syarikat Langkawi jika dia ialah seorang pegawai suatu syarikat yang disifatkan sebagai berkaitan dengan syarikat Langkawi itu menurut kuasa seksyen 4 atau dia telah, pada bila-bila masa dalam tempoh dua belas bulan yang terdahulu, menjadi seorang pegawai atau penaja syarikat Langkawi itu atau syarikat yang satu lagi itu.
(3) Bagi maksud seksyen ini, seseorang tidak boleh disifatkan sebagai seorang pegawai syarikat Langkawi hanya oleh sebab dia telah dilantik sebagai seorang juruaudit suatu syarikat.
(4) Tiada seorang pun boleh melantik seorang sebagai juruaudit suatu syarikat Langkawi melainkan jika orang yang akan dilantik
sebagai juruaudit telah, sebelum pelantikan itu, bersetuju secara bertulis untuk bertindak sebagai juruaudit sedemikian.
(5) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang menghendak juruaudit yang diluluskan untuk mengambil insurans terhadap liability mereka sebagai juruaudit syarikat Langkawi.