s 19 Registers
(1) The Registrar shall, subject to this Act, keep such registers as he considers necessary in such form as he thinks fit.
(2) Any officer, member, debenture holder, director or liquidator of a Langkawi company or foreign Langkawi company, or any other person having the written permission of such officer, member, debenture holder, director or liquidator or who can demonstrate to the Registrar that he has a good reason for doing so, may, subject to this Act and on payment of the prescribed fee—
(a) inspect any document lodged or filed with the Registrar in respect of the company; or
(b) require any certificate to be issued under this Act or a copy or extract from any document in respect of the company to be given or given and certified by the Registrar.
(3) A copy of or extract from any document lodged or filed at the office of the Registrar, certified to be a true copy or extract
under the hand and seal of the Registrar, shall, in any proceedings, be admissible in evidence as of equal validity with the original document.
(4) In any legal proceedings—
(a) a certificate under the hand and seal of the Registrar that, at a date or during a period specified in the certificate, no company was registered under this Act by a name specified in the certificate shall be received as prima facie evidence that at the date or during that period, as the case may be, no company was registered by that name under this Act; and
(b) a certificate under the hand and seal of the Registrar that a requirement of this Act specified in the certificate—
(i) had or had not been complied with at a date or within a period specified in the certificate; or
(ii) had been complied with at a date specified in the certificate but not before that date,
shall be received as prima facie evidence of the matters specified in the certificate.
(5) If the Registrar is of the opinion that a document submitted for lodgement with the Registrar—
(a) contains matter contrary to law;
(b) contains matter that, in a material particular, is false or misleading in the form or context in which it is included;
(c) by reason of an omission or misdescription, has not been duly completed;
(d) does not comply with the requirements of this Act; or
(e) contains an error, alteration or erasure,
the Registrar may refuse to register or receive the document and may request—
(f) that the document be appropriately amended or completed and re-submitted;
(g) that a fresh document be submitted in its place; or
(h) where the document has not been duly completed, that a supplementary document in the prescribed form be lodged.
(6) The Registrar may require a person who submits a document for lodgement with the Registrar to produce to the Registrar such other document, or to furnish to the Registrar such information, as the Registrar thinks necessary in order to form an opinion whether he may refuse to receive or register the document.
(7) Any person aggrieved by the refusal of the Registrar to register a Langkawi company or foreign Langkawi company or to register or receive any document, or by any act or decision of the Registrar, may appeal within thirty days of the decision of the Registrar to the Minister, who may confirm the refusal, act or decision or give such directions in the matter as he deems proper or otherwise determine the matter, but this subsection shall not apply to any act or decision of the Registrar—
(a) in respect of which any provision in the nature of an appeal or review is expressly provided in this Act; or
(b) which is declared by this Act to be conclusive or final or is embodied in any document declared by this Act to be conclusive evidence of any act, matter or thing.
(8) If a Langkawi company or foreign Langkawi company or person, having made default in complying with—
(a) any provision of this Act or of any other law which requires the lodging or filing in any manner with the Registrar of any return, account or other document or, the giving of notice to him of any matter; or
(b) any request of the Registrar to amend or complete and re-submit any document or submit a fresh document,
fails to make good the default within thirty days after the service on the company or person of a notice requiring it to be done, the Registrar may order the company and any officer of the company or such person to make good the default within such time as is specified in the order.
(9) The Registrar may, if in his opinion it is no longer necessary or desirable to retain them, destroy or give to the National Archives—
(a) in the case of a Langkawi company or foreign Langkawi company—
(i) any return of allotment of shares for cash which has been lodged or filed for not less than six years;
(ii) any return or balance sheet that has been lodged or filed for not less than seven years, or any document creating or evidencing a charge or the complete or partial satisfaction of a charge where a memorandum of satisfaction of the charge has been registered for not less than seven years; or
(iii) any other document (other than the memorandum and articles of association or any other document affecting them) which has been lodged, filed or registered for not less than fifteen years;
(b) in the case of a Langkawi company or foreign Langkawi company that has been dissolved or has ceased to be registered for not less than fifteen years, any document lodged, filed or registered; or
(c) any document a transparency of which has been incorporated with a register kept by the Registrar.
Malay text (authoritative)
Daftar
(1) Pendaftar hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, menyimpan apa-apa daftar yang difikirkannya perlu mengikut apa-apa bentuk yang difikirkannya sesuai.
(2) Mana-mana pegawai, anggota, pemegang debentur, pengarah atau pelikuidasi suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing, atau mana-mana orang lain yang mempunyai kebenaran bertulis daripada pegawai, anggota, pemegang debentur, pengarah atau pelikuidasi sedemikian atau yang dapat menunjukkan kepada Pendaftar bahawa dia mempunyai sebab yang baik untuk berbuat demikian, boleh, tertakluk kepada Akta ini dan apabila dibayar fi yang ditetapkan—
(a) memeriksa mana-mana dokumen yang diserahkan atau difailkan dengan Pendaftar berkenaan dengan syarikat itu; atau
(b) menghendaki mana-mana perakuan untuk dikeluarkan di bawah Akta ini atau suatu salinan atau cabutan daripada mana-mana dokumen berkenaan dengan syarikat itu supaya diberikan atau diberikan dan diperakui oleh Pendaftar.
(3) Suatu salinan atau cabutan daripada mana-mana dokumen yang diserahkan atau difailkan di pejabat Pendaftar, yang diperakui sebagai suatu salinan benar atau cabutan di bawah tandatangan dan meterai Pendaftar, hendaklah, dalam mana-mana prosiding, boleh diterima sebagai keterangan yang mempunyai kesahan yang sama dengan dokumen asal.
(4) Dalam mana-mana prosiding undang-undang—
(a) suatu perakuan di bawah tandatangan dan meterai Pendaftar bahawa, pada tarikh atau semasa tempoh yang dinyatakan dalam perakuan itu, tiada syarikat yang didaftarkan di bawah Akta ini dengan suatu nama yang dinyatakan dalam perakuan itu hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie bahawa pada tarikh itu atau semasa tempoh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tiada sesuatu syarikat telah didaftarkan dengan nama itu di bawah Akta ini; dan
(b) suatu perakuan di bawah tandatangan dan meterai Pendaftar bahawa suatu kehendak Akta ini yang dinyatakan dalam perakuan itu—
(i) telah atau tidak dipatuhi pada suatu tarikh atau dalam tempoh yang dinyatakan dalam perakuan itu; atau
(ii) telah dipatuhi pada suatu tarikh yang dinyatakan dalam perakuan itu tetapi tidak sebelum tarikh itu,
hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie mengenai perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu.
(5) Jika Pendaftar berpendapat bahawa suatu dokumen yang dikemukakan untuk diserahkan kepada Pendaftar—
(a) mengandungi perkara yang berlawanan dengan undangundang;
(b) mengandungi perkara yang, dalam butir yang material, adalah palsu atau mengelirukan mengikut bentuk atau konteks yang perkara itu dimasukkan;
(c) oleh sebab suatu peninggalan atau salah perihalan, tidak disempurnakan dengan sewajarnya;
(d) tidak mematuhi kehendak Akta ini; atau
(e) m e n g a n d u n g i s u a t u k e s i l a p a n , p e r u b a h a n a t a u pemadaman,
Pendaftar boleh enggan mendaftarkan atau menerima dokumen itu dan boleh meminta—
(f) supaya dokumen itu dipinda atau disempurnakan dengan sesuai dan dikemukakan semula;
(g) supaya suatu dokumen yang baru dikemukakan sebagai gantinya; atau
(h) jika dokumen itu tidak disempurnakan dengan sewajarnya, supaya suatu dokumen tambahan dalam bentuk yang ditetapkan diserahkan.
(6) Pendaftar boleh menghendaki seorang yang mengemukakan suatu dokumen untuk diserahkan kepada Pendaftar supaya mengemukakan kepada Pendaftar apa-apa dokumen lain, atau untuk memberi kepada Pendaftar apa-apa maklumat, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar bagi membuat suatu pendapat sama ada dia boleh enggan menerima atau mendaftarkan dokumen itu.
(7) Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Pendaftar untuk mendaftarkan sesuatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing atau untuk mendaftarkan atau menerima apa-apa dokumen, atau dengan apa-apa tindakan atau keputusan Pendaftar, boleh merayu dalam masa tiga puluh hari dari keputusan Pendaftar itu kepada Menteri, yang boleh mengesahkan keengganan, tindakan atau keputusan itu atau memberikan apa-apa arahan mengenai perkara itu sebagaimana yang difikirkannya patut atau selainnya memutuskan perkara itu, tetapi subseksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa tindakan atau keputusan Pendaftar—
(a) yang berkenaan dengannya mana-mana peruntukan yang berupa rayuan atau kajian semula diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini; atau
(b) yang diisytiharkan oleh Akta ini sebagai konklusif atau muktamad atau yang termaktub dalam mana-mana dokumen yang diisytiharkan oleh Akta ini sebagai keterangan konklusif bagi apa-apa tindakan, perkara atau benda.
(8) Jika suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing atau seseorang, setelah melakukan keingkaran dalam mematuhi—
(a) mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undangundang lain yang menghendaki supaya diserahkan atau difailkan mengikut apa-apa cara dengan Pendaftar apa-apa penyata, akaun atau dokumen lain atau, supaya diberikan notis kepadanya mengenai apa-apa perkara; atau
(b) apa-apa permintaan oleh Pendaftar untuk meminda atau menyempurnakan dan mengemukakan semula apa-apa dokumen atau mengemukakan suatu dokumen yang baru,
tidak membaiki keingkaran itu dalam masa tiga puluh hari selepas disampaikan kepada syarikat atau orang itu suatu notis yang menghendakinya dilakukan, Pendaftar boleh memerintahkan syarikat itu dan mana-mana pegawai syarikat itu atau orang sedemikian supaya membaiki keingkaran itu dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
(9) Pendaftar boleh, jika pada pendapatnya tidak lagi perlu atau dikehendaki untuk menyimpannya, memusnahkan atau memberikan kepada Arkib Negara—
(a) dalam hal suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing—
(i) mana-mana penyata mengenai pengumpukan syer bagi wang tunai yang telah diserahkan atau difailkan selama tidak kurang daripada enam tahun;
(ii) mana-mana penyata atau kunci kira-kira yang telah diserahkan atau difailkan selama tidak kurang daripada tujuh tahun, atau mana-mana dokumen yang mewujudkan atau membuktikan suatu gadaian atau penyelesaian sepenuhnya atau sebahagiannya suatu gadaian yang mana suatu memorandum penyelesaian gadaian itu telah didaftarkan selama tidak kurang daripada tujuh tahun; atau
(iii) mana-mana dokumen lain (selain memorandum dan perkara persatuan atau mana-mana dokumen lain yang menyentuhnya) yang telah diserahkan, difailkan atau didaftarkan selama tidak kurang daripada lima belas tahun;
(b) dalam hal suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing yang telah dibubarkan atau yang terhenti didaftarkan selama tidak kurang daripada lima belas tahun, mana-mana dokumen yang diserahkan, difailkan atau didaftarkan; atau
(c) mana-mana dokumen yang transparensinya telah dimasukkan dengan suatu daftar yang disimpan oleh Pendaftar.