My bookmarksSign up free
← Langkawi International Yachting Companies Act 2005

Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 21

Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 21

s 21 Registration and incorporation

(1) A person desiring the incorporation of a Langkawi company shall lodge with the Registrar the memorandum and articles of association of the proposed company and the other documents required to be lodged by or under this Act, and the Registrar on payment of the prescribed fees shall, subject to this Act, register the company by registering the memorandum and articles of association. (2) The Registrar may require a statutory declaration made by an officer to be lodged stating that all or any of the requirements of this Act have been complied with, and the Registrar may accept such a declaration as sufficient evidence of compliance. (3) On the registration of the memorandum, the Registrar shall certify under his hand and seal that the company is, on and from the date specified in the certificate, incorporated, and that the company is a company limited by shares. (4) On and from the date of incorporation specified in the certificate of incorporation, but subject to this Act, the subscribers to the memorandum together with such other persons as may from time to time become members of the company shall be a body corporate by the name contained in the memorandum, capable immediately of exercising all the functions of an incorporated company, and of suing and being sued, and having perpetual succession and a common seal, with power to hold land but with such liability on the part of the members to contribute to the assets of the company in the event of its being wound up as is provided by this Act. (5) A certificate of incorporation of a company issued by the Registrar shall be prima facie evidence of compliance with all the requirements of this Act in respect of incorporation. (6) A Langkawi company shall pay such annual fee as may be prescribed in the prescribed manner. (7) Every subscriber to the memorandum shall be deemed to have agreed to become a member of a Langkawi company and, on the incorporation of the company, shall be entered as a member in its register of members in respect of the shares subscribed for or by him in the memorandum, and every other person who agrees to be a member of a company and whose name is entered into the register of members shall be a member of the company.

Malay text (authoritative)

Pendaftaran dan pemerbadanan

(1) Seseorang yang berhasrat hendak memperbadankan sesuatu syarikat Langkawi hendaklah menyerahkan kepada Pendaftar memorandum dan perkara persatuan bagi syarikat yang dicadangkan itu dan dokumen lain yang dikehendaki supaya diserahkan oleh atau di bawah Akta ini, dan Pendaftar apabila dibayar fi yang ditetapkan hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, mendaftarkan syarikat itu dengan mendaftarkan memorandum dan perkara persatuan itu. (2) Pendaftar boleh menghendaki suatu akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pegawai untuk diserahkan dengan menyatakan bahawa semua atau mana-mana kehendak Akta ini telah dipatuhi, dan Pendaftar boleh menerima akuan sedemikian sebagai keterangan yang mencukupi bagi pematuhan. (3) Apabila memorandum itu didaftarkan, Pendaftar hendaklah memperakui di bawah tandatangan dan meterainya bahawa syarikat itu, pada dan mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam perakuan itu, telah diperbadankan, dan bahawa syarikat itu ialah suatu syarikat yang terhad mengikut syer. (4) Pada dan mulai dari tarikh pemerbadanan yang dinyatakan dalam perakuan pemerbadanan itu, tetapi tertakluk kepada Akta ini, penandatangan kepada memorandum bersama dengan mana-mana orang lain yang dari semasa ke semasa akan menjadi anggota syarikat itu hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama yang terkandung dalam memorandum itu, yang boleh dengan serta-merta menjalankan semua fungsi sesuatu syarikat yang diperbadankan, dan yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya, dan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dengan kuasa untuk memegang tanah tetapi dengan apa-apa liabiliti di pihak anggota itu untuk menyumbang kepada aset syarikat sekiranya syarikat itu digulungkan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini. (5) Sesuatu perakuan pemerbadanan bagi suatu syarikat yang dikeluarkan oleh Pendaftar hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pematuhan semua kehendak Akta ini berkenaan dengan pemerbadanan. (6) Sesuatu syarikat Langkawi hendaklah membayar apa-apa fi tahunan sebagaimana yang ditetapkan mengikut cara yang ditetapkan. (7) Tiap-tiap penandatangan kepada memorandum hendaklah disifatkan sebagai telah bersetuju untuk menjadi seorang anggota suatu syarikat Langkawi dan, apabila syarikat itu diperbadankan, hendaklah dicatatkan sebagai seorang anggota dalam daftar anggotanya berkenaan dengan syer yang dilanggan untuk atau olehnya dalam memorandum itu, dan tiap-tiap orang lain yang bersetuju untuk menjadi seorang anggota suatu syarikat dan yang namanya dicatatkan dalam daftar anggota itu hendaklah menjadi seorang anggota syarikat itu.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 643 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next