LawPlayer
My bookmarks
← Langkawi International Yachting Companies Act 2005

Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 32

Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 32

Act no.
Act 643
Text as at
Status
Not yet in force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Langkawi International Yachting Companies Act 2005 [Act 643], s 32

s 32 Transactions and establishment of a branch

(1) Contracts on behalf of a Langkawi company may be made as follows: (a) a contract which, if made between private persons, would by law be required to be in writing under seal, may be made on behalf of the company in writing under the common seal of the company; (b) a contract which, if made between private persons, would by law be required to be in writing signed by the parties to be charged therewith, may be made on behalf of the company in writing and signed by any person acting under its authority, express or implied; or (c) a contract which, if made between private persons, would by law be valid although made by parol only, and not reduced into writing, may be made by parol on behalf of the company by any person acting under its authority, express or implied, and any contract so made shall be effectual in law and shall bind the company and its successors and all other parties thereto and may be varied or discharged in the manner in which it is authorized to be made. (2) A document or proceeding requiring authentication by a Langkawi company may be signed by an authorized officer of the company and need not be under its common seal. (3) A Langkawi company may, by writing under its common seal, empower any person, either generally or in respect of any specified matters as its agent or attorney, to execute deeds on its behalf, and a deed signed by such an agent or attorney on behalf of that company under his seal or under the appropriate seal of the company, shall bind the company; and all persons dealing in good faith shall be entitled to presume the regular and proper execution of the deed, and to act accordingly. (4) A Langkawi company may, if authorized by its articles of association, establish a branch in any part of the world but it shall not establish a branch in any part of Malaysia outside Langkawi. (5) A Langkawi company and any branch of the company may have for use in any place outside Langkawi a duplicate common seal which shall be a facsimile of the common seal of the company with the addition on its face of the name of that branch; and that seal shall be known as the branch seal. (6) Where a Langkawi company has established a branch it may, in the instrument establishing the branch or in a subsequent instrument signed or sealed by the secretary or under its own seal, appoint one or more persons to be branch directors and to constitute a local board and make provision for a branch seal and for its custody and prescribe the person by whom such seal is to be affixed; and subject to any directions or restrictions imposed from time to time by the directors of the company, a branch shall have power to bind the company and to issue shares or debentures of the company. (7) A branch may enter into transactions in the same manner as the Langkawi company may enter into transactions. (8) Instruments made or authenticated under or by the use of any branch seal of a Langkawi company shall be as effective as if the common seal of the company had been affixed thereto; and the date on which and the place at which the branch seal is affixed to any instrument shall be shown on the instrument.

Malay text (authoritative)

Transaksi dan penubuhan cawangan

(1) Kontrak bagi pihak sesuatu syarikat Langkawi boleh dibuat seperti yang berikut: (a) suatu kontrak yang, jika dibuat antara orang persendirian, dikehendaki oleh undang-undang dibuat secara bertulis di bawah meterai, boleh dibuat bagi pihak syarikat itu secara bertulis di bawah meterai perbadanan syarikat itu; (b) suatu kontrak yang, jika dibuat antara orang persendirian, dikehendaki oleh undang-undang dibuat secara bertulis dengan ditandatangani oleh pihak yang dipertanggungkan dengannya, boleh dibuat bagi pihak syarikat itu secara bertulis dan ditandatangani oleh mana-mana orang yang bertindak di bawah autoritinya, yang nyata atau tersirat; atau (c) suatu kontrak yang, jika dibuat antara orang persendirian, adalah sah di sisi undang-undang walaupun dibuat secara lisan sahaja, dan tidak diubah ke dalam bentuk bertulis, boleh dibuat secara lisan bagi pihak syarikat itu oleh mana-mana orang yang bertindak di bawah autoritinya, yang nyata atau tersirat, dan mana-mana kontrak yang dibuat sedemikian hendaklah berkesan di sisi undang-undang dan hendaklah mengikat syarikat itu dan penggantinya dan semua pihak lain kepadanya dan boleh diubah atau dilaksanakan mengikut cara yang ia dibenarkan dibuat. (2) Suatu dokumen atau prosiding yang menghendaki pengesahan oleh suatu syarikat Langkawi boleh ditandatangani oleh seorang pegawai yang diberi kuasa syarikat itu dan tidak perlu dibuat di bawah meterai perbadanannya. (3) Suatu syarikat Langkawi boleh, secara bertulis di bawah meterai perbadanannya, memberi kuasa kepada mana-mana orang, sama ada secara am atau berkenaan dengan apa-apa perkara yang dinyatakan sebagai ejen atau wakilnya, untuk menyempurnakan surat ikatan bagi pihaknya, dan suatu surat ikatan yang ditandatangani oleh ejen atau wakil itu bagi pihak syarikat itu di bawah meterainya atau di bawah meterai yang sesuai bagi syarikat itu, hendaklah mengikat syarikat itu; dan semua orang yang berurusan dengan suci hati hendaklah berhak untuk menganggap penyempurnaan surat ikatan itu adalah secara biasa dan patut, dan untuk bertindak dengan sewajarnya. (4) Suatu syarikat Langkawi boleh, jika dibenarkan oleh perkara persatuannya, menubuhkan sesuatu cawangan di mana-mana bahagian dunia tetapi ia tidak boleh menubuhkan sesuatu cawangan di mana-mana bahagian di Malaysia di luar Langkawi. (5) Suatu syarikat Langkawi dan mana-mana cawangan syarikat itu boleh mempunyai untuk kegunaan di mana-mana tempat di luar Langkawi suatu meterai perbadanan pendua yang adalah suatu faksimile meterai perbadanan syarikat itu dengan penambahan pada mukanya nama cawangan itu; dan meterai itu hendaklah dikenali sebagai meterai cawangan. (6) Jika suatu syarikat Langkawi telah menubuhkan suatu cawangan ia boleh, dalam surat cara yang menubuhkan cawangan itu atau dalam suatu surat cara yang kemudiannya yang ditandatangani atau dimeteraikan oleh setiausaha atau di bawah meterainya sendiri, melantik seorang atau lebih untuk menjadi pengarah cawangan dan untuk menubuhkan suatu lembaga tempatan dan membuat peruntukan bagi suatu meterai cawangan dan bagi penjagaannya dan menetapkan orang yang boleh melekatkan meterai itu; dan tertakluk kepada apa-apa arahan atau sekatan yang dikenakan dari semasa ke semasa oleh pengarah syarikat itu, suatu cawangan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengikat syarikat itu dan menerbitkan syer atau debentur syarikat itu. (7) Sesuatu cawangan boleh mengadakan transaksi mengikut cara yang sama sebagaimana syarikat Langkawi boleh mengadakan transaksi. (8) Surat cara yang dibuat atau disahkan di bawah atau dengan menggunakan mana-mana meterai cawangan sesuatu syarikat Langkawi hendaklah sama berkesannya seolah-olah meterai perbadanan syarikat itu telah dilekatkan padanya; dan tarikh bila dan tempat di mana meterai cawangan itu dilekatkan pada manamana surat cara hendaklah ditunjukkan pada surat cara itu.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Langkawi International Yachting Companies Act 2005, s 32 is headed “Transactions and establishment of a branch” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Langkawi International Yachting Companies Act 2005, s 32 begins “(1) Contracts on behalf of a Langkawi company may be made as follows: (a) a contract which, if made between private persons, would by law…”.
Location
Langkawi International Yachting Companies Act 2005, s 32 is placed under “Part III: CONSTITUTION OF COMPANIES › Division 2: STATUS AND NAME”.
Version
The text of Langkawi International Yachting Companies Act 2005 on LawPlayer follows the version published by Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) as at 1 January 2006.
Status
As at 23 September 2026, Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) listed Langkawi International Yachting Companies Act 2005 as not yet in force.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Langkawi International Yachting Companies Act 2005, s 32 is s 31.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Langkawi International Yachting Companies Act 2005, s 32 is s 33.
Synced
LawPlayer last synced the text of Langkawi International Yachting Companies Act 2005 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Langkawi International Yachting Companies Act 2005, s 32 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

On LawPlayer, every section of a Malaysian Act has its own page, linked to the full Act and to its Parts and Chapters. The same site also covers Taiwan's statutes, court judgments and company registration records, and the legislation of 13 other jurisdictions.Malaysian law entry

What to look at next