s 58 Directors
(1) Every Langkawi company shall have at least one director.
(2) The first directors of a Langkawi company shall be named in the articles of association of the company.
(3) Any casual vacancy in directors may, so far as the articles of association of a Langkawi company do not otherwise provide, be filled by a person appointed by the continuing director or directors or, if there is no continuing director, by the Registrar on application made by a member of the company.
(4) Subject to any contrary provision in the articles of association of a Langkawi company, a director or officer of a Langkawi company may be a corporation and such corporation may act by itself or through a nominee appointed in writing, and may be appointed or may act as a director of more than one company.
(5) A director of a Langkawi company shall not disclose to any person, or use for any purpose, any information obtained by reason of his office except in accordance with his duty as a director of the company and so far as he may be compelled by law so to do, but a director may disclose to an appropriate public officer in Malaysia, or otherwise use within Malaysia, any information within his knowledge which he honestly believes suggests that a fraud is being or is likely to be practised by the company or by any of its members or directors or upon the company or any of its members.
(6) A director of a Langkawi company who, in contravention of subsection (4), discloses to any person, or uses for any purpose, any information obtained by reason of his office shall be guilty of an offence against this Act.
(7) Notwithstanding any other provision of this Act or the regulations to the contrary, and unless otherwise provided in the articles of association of a Langkawi company, a director of a Langkawi company shall not be liable to any penalty provided for under this Act for any damage caused to or suffered by any person, howsoever arising, otherwise than by reason of his wilful misconduct, wilful default or wilful neglect.
Malay text (authoritative)
Pengarah
(1) Tiap-tiap syarikat Langkawi hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengarah.
(2) Pengarah pertama bagi suatu syarikat Langkawi hendaklah dinamakan dalam perkara persatuan syarikat itu.
(3) Apa-apa kekosongan luar jangka pengarah boleh, setakat mana perkara persatuan bagi sesuatu syarikat Langkawi tidak memperuntukkan selainnya, diisikan oleh seseorang yang dilantik oleh pengarah atau pengarah-pengarah yang masih kekal atau, jika tidak ada pengarah yang masih kekal, oleh Pendaftar atas permohonan oleh seorang anggota syarikat itu.
(4) Tertakluk kepada apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam perkara persatuan suatu syarikat Langkawi, seorang pengarah atau pegawai suatu syarikat Langkawi boleh merupakan suatu perbadanan dan perbadanan sedemikian bolehlah bertindak dengan sendirinya atau melalui seorang penama yang dilantik secara bertulis, dan boleh dilantik atau boleh bertindak sebagai pengarah kepada lebih daripada satu syarikat.
(5) Seorang pengarah suatu syarikat Langkawi tidak boleh menzahirkan kepada mana-mana orang, atau menggunakan bagi apa-apa maksud, apa-apa maklumat yang didapati oleh sebab jawatannya kecuali mengikut kewajipannya sebagai seorang pengarah syarikat itu dan setakat mana yang dia boleh dipaksa oleh undang-undang untuk berbuat sedemikian, tetapi seorang pengarah boleh menzahirkan kepada seorang pegawai awam yang berkenaan di Malaysia, atau selainnya menggunakan di dalam Malaysia, apa-apa maklumat yang ada dalam pengetahuannya yang dipercayai dengan jujurnya menjangkakan bahawa suatu fraud sedang atau akan diamalkan oleh syarikat itu atau oleh mana-mana anggotanya atau pengarahnya atau ke atas syarikat itu atau mana-mana anggotanya.
(6) Seorang pengarah suatu syarikat Langkawi yang, dengan melanggar subseksyen (4), menzahirkan kepada mana-mana orang, atau menggunakan bagi apa-apa maksud, apa-apa maklumat yang didapati oleh sebab jawatannya melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(7) Walau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam Akta ini atau peraturan-peraturan yang berlawanan, dan melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perkara persatuan suatu syarikat Langkawi, seorang pengarah suatu syarikat Langkawi tidak boleh dikenakan apa-apa penalti yang diperuntukkan di bawah Akta ini bagi apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada atau yang
ditanggung oleh mana-mana orang, walau bagaimana jua pun kerosakan itu berbangkit, selainnya oleh sebab perbuatan salah laku yang sengaja, keingkaran yang sengaja atau keabaian yang sengaja pengarah itu.