Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 63
s 63 Duty and liability of officers
(1) Every officer of a Langkawi company shall at all times act honestly and use reasonable diligence in the discharge of the duties of his office.
(2) An officer of a Langkawi company shall not make improper use of any information acquired by reason of his office to gain, whether directly or indirectly, an advantage for himself or any other person or to cause detriment to the company.
(3) An officer of a Langkawi company who contravenes this section shall beβ
(a) liable to the company for any profit made by him and for any damage suffered by the company as a result of such breach; and
(b) guilty of an offence against this Act.
(4) This section is in addition to and not in derogation of any other written law or rule of law relating to the duties or liabilities of directors or officers of a company.
Malay text (authoritative)
Kewajipan dan liabiliti pegawai
(1) Tiap-tiap pegawai sesuatu syarikat Langkawi hendaklah pada setiap masa bertindak dengan jujur dan menggunakan usaha yang munasabah dalam menunaikan kewajipan jawatannya.
(2) Seseorang pegawai suatu syarikat Langkawi tidak boleh menggunakan secara tidak patut apa-apa maklumat yang diperoleh oleh sebab jawatannya untuk mendapatkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa faedah bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain atau untuk menyebabkan kemudaratan kepada syarikat itu.
(3) Seorang pegawai suatu syarikat Langkawi yang melanggar seksyen iniβ
(a) adalah bertanggungan kepada syarikat itu bagi apa-apa keuntungan yang dibuat olehnya dan bagi apa-apa kerosakan yang ditanggung oleh syarikat itu oleh sebab pelanggaran itu; dan
(b) melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(4) Seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidaklah mengurangkan mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang lain yang berhubungan dengan kewajipan atau liabiliti pengarah atau pegawai suatu syarikat.
Read this section in the full act β Β· Open Division 2 β
Find Act 643 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).