s 90 Arrangement
(1) In this section, “arrangement” means—
(a) a reorganisation or reconstruction of a Langkawi company incorporated under this Act;
(b) a merger or consolidation of one or more Langkawi companies with one or more other Langkawi companies, if the surviving company or the consolidated company is a Langkawi company;
(c) a separation of two or more businesses carried on by a Langkawi company; or
(d) any combination of any of the things specified in paragraphs
(a) to (c).
(2) The directors of a Langkawi company may, by a resolution of directors, approve a plan of arrangement that contains the details of the proposed arrangement.
(3) Upon approval of the plan of arrangement by the directors, the Langkawi company shall make an application to the Court for approval of the proposed plan of arrangement.
(4) The Court may, upon an application being made under subsection (3), make an interim or final order, and in making the order the Court may—
(a) determine what notice, if any, of the proposed arrangement is to be given to any person;
(b) determine whether approval of the proposed arrangement by any person should be obtained and the manner of obtaining the approval;
(c) determine whether any holder of shares or debt obligations in the company may dissent from the proposed arrangement and receive payment of the value of his shares or debt obligations;
(d) conduct a hearing and permit any interested persons to appear; and
(e) approve or reject the plan of arrangement as proposed or approve it with such amendments as it may direct.
(5) Where the Court makes an order approving a plan of arrangement, the directors of the Langkawi company, if they are still desirous of executing the plan, shall confirm the plan of arrangement as approved by the Court, whether or not the Court has directed any amendments to be made to the plan of arrangement.
(6) The directors of the Langkawi company, upon confirming the plan of arrangement, shall—
(a) give notice to the persons to whom the Court has required notice to be given; and
(b) submit the plan of arrangement to those persons for approval if required by the order of the Court.
(7) After the plan of arrangement has been approved by those persons from whom approval is required by the order of the Court, the articles of arrangement shall be executed by the Langkawi company and shall contain—
(a) the plan of arrangement;
(b) the order of the Court approving the plan of arrangement; and
(c) the manner in which the plan of arrangement was approved, if approval is required by the order of the Court.
(8) The articles of arrangement shall be lodged with the Registrar who shall retain and register them in the register.
(9) Upon registration of the articles of arrangement, the Registrar shall issue a certificate under his hand and seal certifying that the articles of arrangement have been registered.
(10) A certificate of arrangement issued by the Registrar under subsection (9) shall be prima facie evidence of compliance with all the requirements of this Act in respect of the arrangement.
(11) An arrangement shall be effective as from the date the articles of arrangement are registered by the Registrar or on such date subsequent thereto, which date shall not be more than thirty days from the date the articles of arrangement are registered with the Registrar, as is stated in the articles of arrangement.
Malay text (authoritative)
Perkiraan
(1) Dalam seksyen ini, “perkiraan” ertinya—
(a) sesuatu penyusunan semula atau pembentukan semula sesuatu syarikat Langkawi yang diperbadankan di bawah Akta ini;
(b) sesuatu percantuman atau penyatuan satu syarikat Langkawi atau lebih dengan satu syarikat Langkawi lain atau lebih, jika syarikat yang berterusan itu atau syarikat yang disatukan itu adalah suatu syarikat Langkawi;
(c) sesuatu pemisahan dua perniagaan atau lebih yang dijalankan oleh sesuatu syarikat Langkawi; atau
(d) apa-apa gabungan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (c).
(2) Pengarah suatu syarikat Langkawi boleh, melalui suatu ketetapan oleh pengarah, meluluskan sesuatu pelan perkiraan yang mengandungi butiran mengenai perkiraan yang dicadangkan.
(3) Setelah pelan perkiraan diluluskan oleh pengarah, syarikat Langkawi itu hendaklah membuat suatu permohonan kepada Mahkamah untuk kelulusan bagi pelan perkiraan yang dicadangkan itu.
(4) Mahkamah boleh, apabila suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (3), membuat suatu perintah interim atau muktamad, dan dalam membuat perintah itu Mahkamah boleh—
(a) menentukan apa-apa notis, jika ada, mengenai perkiraan yang dicadangkan itu yang perlu diberi kepada manamana orang;
(b) menentukan sama ada kelulusan mengenai perkiraan yang dicadangkan itu oleh mana-mana orang hendaklah diperoleh dan cara memperoleh kelulusan itu;
(c) menentukan sama ada mana-mana pemegang saham atau obligasi hutang dalam syarikat itu boleh menentang perkiraan yang dicadangkan itu dan menerima pembayaran bagi nilai sahamnya atau obligasi hutangnya;
(d) menjalankan sesuatu pendengaran dan membenarkan manamana orang yang berkepentingan untuk hadir; dan
(e) meluluskan atau menolak pelan perkiraan sebagaimana yang dicadangkan atau meluluskannya dengan apa-apa pindaan sepertimana yang diarahkan olehnya.
(5) Jika Mahkamah membuat sesuatu perintah yang meluluskan suatu pelan perkiraan, pengarah syarikat Langkawi itu, jika mereka masih berminat untuk menyempurnakan pelan itu, hendaklah
mengesahkan pelan perkiraan sepertimana yang telah diluluskan oleh Mahkamah, sama ada atau tidak Mahkamah telah mengarahkan apa-apa pindaan dibuat kepada pelan perkiraan itu.
(6) Pengarah syarikat Langkawi, setelah mengesahkan pelan perkiraan itu, hendaklah—
(a) memberikan notis kepada orang yang Mahkamah kehendaki diberikan notis; dan
(b) menyerahkan pelan perkiraan kepada orang itu untuk kelulusan jika dikehendaki oleh perintah Mahkamah.
(7) Setelah pelan perkiraan telah diluluskan oleh orang yang daripadanya kelulusan dikehendaki oleh perintah Mahkamah, perkara perkiraan hendaklah disempurnakan oleh syarikat Langkawi itu dan hendaklah mengandungi—
(a) pelan perkiraan itu;
(b) perintah Mahkamah yang meluluskan pelan perkiraan itu; dan
(c) cara yang mana pelan perkiraan itu telah diluluskan, jika kelulusan dikehendaki oleh perintah Mahkamah.
(8) Perkara perkiraan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar yang hendaklah menyimpan dan mendaftarkannya dalam daftar.
(9) Apabila perkara perkiraan didaftarkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan sesuatu perakuan yang telah ditandatanganinya dan dimeterai yang memperakui bahawa perkara perkiraan telah didaftarkan.
(10) Suatu perakuan perkiraan yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (9) hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pematuhan semua kehendak Akta ini yang berkenaan dengan perkiraan itu.
(11) Suatu perkiraan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perkara perkiraan didaftarkan oleh Pendaftar atau pada tarikh yang kemudiannya, yang mana tarikh itu hendaklah tidak lebih daripada tiga puluh hari dari tarikh perkara perkiraan itu didaftarkan dengan Pendaftar, sebagaimana yang dinyatakan dalam perkara perkiraan itu.