Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 93
s 93 Registration of foreign Langkawi companies
(1) A foreign company shall not have a place of business or carry on business in Langkawi unless it is registered as a foreign Langkawi company under this Part, and a foreign company which acts and every officer of the company who permits the foreign company to act in contravention of this subsection shall be guilty of an offence against this Act.
(2) Every foreign company shall, prior to establishing a place of business or carrying on business in Langkawi, lodge with the Registrar for registrationβ
(a) a certified copy of the certificate of its incorporation or registration in its place of incorporation or origin, or a document of similar effect;
(b) a certified copy of its charter, statute or memorandum and articles of association or other instrument constituting or defining its constitution;
(c) a list of its directors and officers containing similar particulars with respect to its directors as are required to be contained in the register of the directors and officers of a Langkawi company under section 65;
(d) where the list referred to in paragraph (c) includes directors resident in Langkawi who are members of the local board of directors, a memorandum duly executed by or on behalf of the foreign Langkawi company stating the powers of the local directors;
(e) a memorandum of appointment or power of attorney under the seal of the foreign Langkawi company or executed on its behalf in such manner as to be binding on the company and, in either case, verified in the prescribed manner, stating the name and address of a management entity that is authorized to accept on its behalf service of process and any notice required to be served on the company; and
(f) a statutory declaration in the prescribed form made by an officer of the management entity, and the Registrar may, on payment of the prescribed fees, and subject to this Act and any condition which he may impose, register the company under this Part as a foreign Langkawi company by registration of the documents.
(3) The Registrar shall issue a certificate in the prescribed form in respect of every registration of a foreign Langkawi company, and the certificate shall be conclusive evidence that the requirements as to registration have been complied with.
(4) Where a memorandum of appointment or power of attorney lodged with the Registrar in pursuance of paragraph (2)(e) is executed by a person on behalf of a foreign Langkawi company, a copy of the deed or document by which that person is authorized to execute the memorandum of appointment or power of attorney, verified by statutory declaration in the prescribed manner, shall be lodged with the Registrar and the copy shall for all purposes be regarded as an original.
(5) A foreign Langkawi company shall pay an annual fee of such amount as may be prescribed not later than thirty days from 1 January of each calendar year.
Malay text (authoritative)
Pendaftaran syarikat Langkawi asing
(1) Sesuatu syarikat asing tidak boleh mempunyai sesuatu tempat perniagaan atau menjalankan perniagaan di Langkawi melainkan jika ia didaftarkan sebagai suatu syarikat Langkawi
asing di bawah Bahagian ini, dan sesuatu syarikat asing yang bertindak dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang membenarkan syarikat asing itu untuk bertindak dengan melanggar subseksyen ini melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(2) Tiap-tiap syarikat asing hendaklah, sebelum menubuhkan sesuatu tempat perniagaan atau menjalankan perniagaan di Langkawi, menyerahkan kepada Pendaftar untuk pendaftaranβ
(a) sesuatu salinan yang diperakui perakuan pemerbadanannya atau pendaftarannya di tempat ia diperbadankan atau di tempat asalnya, atau suatu dokumen yang mempunyai kesan yang seumpama;
(b) sesuatu salinan yang diperakui piagam, statut atau memorandum dan perkara persatuan atau surat cara lain yang menjadi atau menentukan perlembagaan syarikat itu;
(c) sesuatu senarai pengarah dan pegawainya yang mengandungi butir-butir yang seumpama berkenaan dengan pengarah syarikat itu sebagaimana yang dikehendaki terkandung dalam daftar pengarah dan pegawai suatu syarikat Langkawi di bawah seksyen 65;
(d) jika senarai yang dirujuk dalam perenggan (c) termasuk pengarah yang bermastautin di Langkawi yang merupakan anggota lembaga pengarah tempatan, suatu memorandum yang disempurnakan dengan sewajarnya oleh atau bagi pihak syarikat Langkawi asing itu yang menyatakan kuasa pengarah tempatan itu;
(e) sesuatu memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil di bawah meterai syarikat Langkawi asing itu atau yang disempurnakan bagi pihak syarikat itu mengikut apaapa cara yang mengikat syarikat itu dan, dalam manamana hal itu, yang ditentusahkan mengikut cara yang ditetapkan, yang menyatakan nama dan alamat suatu entiti pengurusan yang diberi kuasa untuk menerima bagi pihaknya penyampaian proses dan apa-apa notis yang dikehendaki untuk disampaikan ke atas syarikat itu; dan
(f) sesuatu akuan berkanun dalam bentuk yang ditetapkan yang dibuat oleh seorang pegawai entiti pengurusan itu,
dan Pendaftar bolehlah, apabila dibayar fi yang ditetapkan, dan tertakluk kepada Akta ini dan apa-apa syarat yang boleh dikenakan olehnya, mendaftarkan syarikat itu di bawah Bahagian ini sebagai suatu syarikat Langkawi asing dengan mendaftarkan dokumen itu.
(3) Pendaftar hendaklah mengeluarkan sesuatu perakuan dalam bentuk yang ditetapkan berkenaan dengan tiap-tiap pendaftaran suatu syarikat Langkawi asing, dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa kehendak mengenai pendaftaran telah dipatuhi.
(4) Jika suatu memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil yang diserahkan kepada Pendaftar menurut perenggan (2)(e) telah disempurnakan oleh seseorang bagi pihak suatu syarikat Langkawi asing, suatu salinan surat ikatan atau dokumen yang melaluinya orang itu diberi kuasa untuk menyempurnakan memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil itu, yang ditentusahkan melalui akuan berkanun mengikut cara yang ditetapkan, hendaklah diserahkan kepada Pendaftar dan salinannya hendaklah bagi segala maksud dikira sebagai salinan asal.
(5) Suatu syarikat Langkawi asing hendaklah membayar suatu fi tahunan bagi apa-apa amaun sebagaimana yang ditetapkan tidak lewat daripada tiga puluh hari dari 1 Januari bagi setiap tahun kalendar.
Read this section in the full act β Β· Open Part VIII β
Find Act 643 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).