s 2 Interpretation
(1) In this Act, unless the context otherwise requires—
“award” means a decision of the arbitral tribunal on the substance of the dispute and includes any final, interim or partial award and any award on costs or interest but does not include interlocutory orders;
“High Court” means the High Court in Malaya and the High Court in Sabah and Sarawak or either of them, as the case may require;
“Minister” means the Minister charged with the responsibility for arbitration;
“State” means a sovereign State and not a component state of Malaysia, unless otherwise specified;
“presiding arbitrator” means the arbitrator designated in the arbitration agreement as the presiding arbitrator or chairman of the arbitral tribunal, a single arbitrator or the third arbitrator appointed under subsection 13(3);
“arbitration agreement” means an arbitration agreement as defined in section 9;
“party” means a party to an arbitration agreement or, in any case where an arbitration does not involve all the parties to the arbitration agreement, means a party to the arbitration;
“seat of arbitration” means the place where the arbitration is based as determined in accordance with section 22;
“international arbitration” means an arbitration where—
(a) one of the parties to an arbitration agreement, at the time of the conclusion of that agreement, has its place of business in any State other than Malaysia;
(b) one of the following is situated in any State other than Malaysia in which the parties have their places of business:
(i) the seat of arbitration if determined in, or pursuant to, the arbitration agreement;
(ii) any place where a substantial part of the obligations of any commercial or other relationship is to be performed or the place with which the subject-matter of the dispute is most closely connected; or
(c) the parties have expressly agreed that the subject-matter of the arbitration agreement relates to more than one State;
“domestic arbitration” means any arbitration which is not an international arbitration;
“arbitral tribunal” means a sole arbitrator or a panel of arbitrators.
(2) For the purposes of this Act—
(a) in the definition of “international arbitration”—
(i) where a party has more than one place of business, reference to the place of business is that which has the closest relationship to the arbitration agreement; or
(ii) where a party does not have a place of business, reference to the place of business is that party’s habitual residence;
(b) where a provision of this Act, except sections 3 and 30, leaves the parties free to determine a certain issue, such freedom shall include the right of the parties to authorize a third party, including an institution, to determine that issue;
(c) where a provision of this Act refers to the fact that the parties have agreed or that they may agree or in any other way refers to an agreement of the parties, that agreement shall include any arbitration rules referred to in that agreement;
(d) where a provision of this Act refers to a claim, other than in paragraphs 27(a) and 34(2)(a), it shall also apply to a counterclaim, and where it refers to a defence, it shall also apply to a defence to that counterclaim.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“award” ertinya suatu keputusan tribunal timbang tara mengenai isi pertikaian dan termasuklah apa-apa award muktamad, interim atau sebahagian dan apa-apa award tentang kos atau faedah tetapi tidak termasuk perintah interlokutori;
“Mahkamah Tinggi” ertinya Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau mana-mana satu daripadanya, mengikut kehendak keadaan;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi timbang tara;
“Negara” ertinya suatu Negara yang berdaulat dan bukan suatu komponen negeri di Malaysia, melainkan jika dinyatakan selainnya;
“penimbang tara pengerusi” ertinya penimbang tara yang ditetapkan dalam perjanjian timbang tara sebagai penimbang tara pengerusi atau pengerusi tribunal timbang tara, penimbang tara tunggal atau penimbang tara ketiga yang dilantik di bawah subseksyen 13(3);
“perjanjian timbang tara” ertinya suatu perjanjian timbang tara sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 9;
“pihak” ertinya suatu pihak kepada suatu perjanjian timbang tara atau, dalam apa-apa hal jika suatu timbang tara tidak melibatkan semua pihak kepada perjanjian timbang tara itu, ertinya suatu pihak kepada timbang tara itu;
“tempat timbang tara” ertinya tempat di mana timbang tara diasaskan sebagaimana yang ditentukan mengikut seksyen 22;
“timbang tara antarabangsa” ertinya suatu timbang tara yang—
(a) salah satu daripada pihak kepada suatu perjanjian timbang tara, pada masa pembuatan perjanjian itu, mempunyai tempat urusannya di mana-mana Negara selain Malaysia;
(b) salah satu daripada yang berikut terletak dalam manamana Negara selain Malaysia tempat pihak-pihak itu mempunyai tempat urusan mereka:
(i) tempat timbang tara jika ditentukan dalam, atau menurut, perjanjian timbang tara;
(ii) mana-mana tempat di mana sebahagian besar obligasi mana-mana perhubungan perdagangan atau yang lain yang hendaklah dilaksanakan atau tempat yang dengannya hal perkara pertikaian itu mempunyai kaitan yang paling rapat; atau
(c) pihak-pihak telah bersetuju dengan nyata bahawa hal perkara perjanjian timbang tara berkaitan dengan lebih daripada satu Negara;
“timbang tara domestik” ertinya mana-mana timbang tara yang bukan suatu timbang tara antarabangsa;
“tribunal timbang tara” ertinya penimbang tara tunggal atau panel penimbang tara.
(2) Bagi maksud Akta ini—
(a) dalam takrif “timbang tara antarabangsa”—
(i) jika suatu pihak mempunyai lebih daripada satu tempat urusan, sebutan mengenai tempat urusan ialah tempat urusan yang mempunyai perhubungan yang paling rapat dengan perjanjian timbang tara itu; atau
(ii) jika suatu pihak tidak mempunyai tempat urusan, sebutan mengenai tempat urusan ialah kediaman biasa pihak itu;
(b) jika peruntukan Akta ini, kecuali seksyen 3 dan 30, membiarkan pihak-pihak bebas untuk menentukan suatu isu tertentu, kebebasan itu hendaklah termasuk hak pihakpihak itu untuk membenarkan pihak ketiga, termasuk suatu institusi, untuk menentukan isu itu;
(c) jika peruntukan Akta ini merujuk kepada hakikat bahawa pihak-pihak telah bersetuju atau bahawa mereka mungkin bersetuju atau mengikut apa-apa cara lain merujuk kepada perjanjian pihak-pihak itu, perjanjian itu hendaklah termasuk apa-apa kaedah timbang tara yang disebut dalam perjanjian itu;
(d) jika peruntukan Akta ini merujuk kepada suatu tuntutan, selain dalam perenggan 27(a) dan 34(2)(a), peruntukan itu hendaklah juga terpakai bagi suatu tuntutan balas, dan jika peruntukan itu merujuk kepada suatu pembelaan, peruntukan itu hendaklah juga terpakai bagi suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu.