(1) The Appeal Tribunal shall have power—
(a) to summon parties to the proceedings or any other person to attend before it to give evidence in respect of an appeal;
(b) to procure and receive evidence on oath or affirmation whether written or oral, and examine all such persons as witnesses as the Appeal Tribunal considers necessary;
(c) where a person is so summoned, to require the production of any information, document or other thing in his possession or under his control which the Appeal Tribunal considers necessary for the purposes of the appeal;
(d) to administer any oath, affirmation or statutory declaration, as the case may require;
(e) where a person is so summoned, to allow the payment for any reasonable expenses incurred in connection with his attendance;
(f) to admit evidence or reject evidence adduced, whether oral or documentary, and whether admissible or inadmissible under the provisions of any written law for the time being in force relating to the admissibility of evidence;
(g) to adjourn the hearing of an appeal from time to time, including the power to adjourn to consider its decision; and
(h) to generally direct and do all such matters as may be necessary or expedient for the expeditious decision of the appeal.
(2) The Appeal Tribunal shall have the powers of a subordinate court with regard to the enforcement of attendance of witnesses, hearing evidence on oath or affirmation and punishment for contempt.
Malay text (authoritative)
Kuasa Tribunal Rayuan
(1) Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kuasa—
(a) untuk memanggil pihak-pihak kepada prosiding itu atau manamana orang lain untuk hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan;
(b) untuk mendapatkan dan menerima keterangan bersumpah atau ikrar sama ada secara bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sedemikian sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan;
(c) jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk menghendaki pengemukaan apa-apa maklumat, dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan bagi maksud rayuan itu;
(d) untuk mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan;
(e) jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk membenarkan bayaran bagi apa-apa belanja yang munasabah yang dilakukan berkaitan dengan kehadirannya;
(f) untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan, sama ada lisan atau dokumentar, dan sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah
peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan;
(g) untuk menangguhkan pendengaran rayuan dari semasa ke semasa, termasuklah kuasa untuk penangguhan bagi menimbangkan keputusannya; dan
(h) untuk secara amnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat keputusan rayuan.
(2) Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kuasa suatu mahkamah rendah berkenaan dengan penguatkuasaan tentang kehadiran saksi, pendengaran keterangan secara bersumpah atau berikrar dan menjatuhkan hukuman kerana penghinaan mahkamah.
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).