(1) The Commission may take and retain for as long as is necessary possession of a document provided by any person under this Chapter.
(2) The person who provided the document is entitled to be supplied, as soon as practicable, with a copy certified by the Commission to be a true copy of the document.
(3) Notwithstanding any other written law, the certified copy of the document shall be received by all courts and tribunals as evidence as if it was the original document.
(4) Until a certified copy of the document is supplied, the Commission shall, at such times and places as the Commission deems appropriate, permit the person who provided the document or a person authorized by the person to inspect and make copies of or take extracts from the original document.
(5) If the Commission is satisfied that the retaining of the documents is no longer necessary, the Commission may return the documents to the person who provided the documents under subsection (1) as soon as practicable.
Malay text (authoritative)
Suruhanjaya boleh memegang simpan dokumen
(1) Suruhanjaya boleh mengambil milikan dan memegang simpan dengan seberapa lama yang perlu suatu dokumen yang diberikan oleh mana-mana orang di bawah Bab ini.
(2) Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakui oleh Suruhanjaya sebagai salinan benar dokumen itu.
(3) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan yang diperakui bagi dokumen itu hendaklah diterima oleh semua mahkamah dan tribunal sebagai keterangan seolaholah salinan itu adalah dokumen asal.
(4) Sehingga suatu salinan diperakui bagi dokumen itu dibekalkan, Suruhanjaya hendaklah, pada bila-bila masa dan di tempat yang disifatkan sesuai oleh Suruhanjaya, membenarkan orang yang memberikan dokumen itu atau seorang yang diberi kuasa oleh orang itu untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen asal itu.
(5) Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Suruhanjaya boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu di bawah subseksyen (1) dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).