My bookmarksSign up free
← Water Services Industry Act 2006

Water Services Industry Act 2006 s 149

Water Services Industry Act 2006 s 149

s 149 Entry into premises with search warrant

(1) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath and after such inquiry as he considers necessary, that there is reasonable cause to believe that an offence under this Act or its subsidiary legislation is being or has been committed on any premises, so that any evidence or thing which is necessary to the conduct of an investigation into an offence may be found in any premises, the Magistrate may issue a warrant authorizing any authorized officer named in the warrant to enter the premises at any reasonable time by day or by night, with or without assistance and if need be by force and there to search for and seize any such evidence of thing, provided that nothing shall authorize any court other than a High Court to grant a warrant to search for a postal article, telegram or other document in the custody of the postal or telegraph authorities. (2) Without affecting the generality of subsection (1), the warrant issued by the Magistrate may authorize the search and seizure of— (a) copies of any books, account or other documents, including computerized data, which contain or are reasonably suspected to contain information as to any offence so suspected to have been committed; (b) any signboard, card, letter, pamphlet, leaflet or notice representing or implying that the person has a licence granted under this Act; or (c) any other document, equipment, instrument or matter that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of the offence. (3) An authorized officer conducting a search under subsection (1) may, for the purpose of investigating into the offence, search any person who is in or on the premises. (4) An authorized officer making a search of a person under subsection (3) or section 150 may seize, or take possession of, and place in safe custody all things other than the necessary clothing, found upon the person, and any other things, for which there is reason to believe that they are the instruments or other evidence of the crime, and they may be detained until the discharge or acquittal of the person. (5) Whenever it is necessary to cause a woman to be searched, the search shall be made by another woman with strict regard to decency. (6) If, by the reason of its nature, size or amount, it is not practicable to remove any book, accounts, documents, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, equipment, instrument or matter seized under this section, the seizing officer shall by any means seal such book, accounts, documents, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, equipment, instrument or matter in the premises or container in which it is found. (7) A person who, without lawful authority, breaks, tampers with or damages the seal referred to in subsection (6) or removes any book, accounts, documents, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, equipment, instrument or matter under seal or attempts to do so commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.

Malay text (authoritative)

Memasuki premis dengan waran geledah

(1) Jika seseorang Majistret mendapati, berdasarkan maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang didapatinya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, supaya apa-apa keterangan atau benda yang perlu untuk penjalanan suatu penyiasatan mengenai suatu kesalahan boleh didapati di manamana premis, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan dan di premis itu menggeledah dan menyita apa-apa keterangan atau benda sedemikian, dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua boleh memberi kuasa mana-mana mahkamah selain Mahkamah Tinggi untuk memberikan suatu waran untuk menggeledah bagi suatu barang pos, telegram atau dokumen lain yang berada dalam jagaan pihak berkuasa pos atau telegraf. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan— (a) salinan mana-mana buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau dengan munasabah disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan; (b) mana-mana papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menyatakan atau yang menyiratkan bahawa orang itu mempunyai lesen yang diberikan di bawah Akta ini; atau (c) apa-apa dokumen, kelengkapan, peralatan, atau perkara lain yang dengan munasabah dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu. (3) Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu. (4) Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan seseorang di bawah subseksyen (3) atau seksyen 150 boleh menyita, atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain bagi jenayah itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan. (5) Bilamana menjadi perlu untuk menyebabkan seorang perempuan diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dilakukan oleh seorang perempuan lain dengan penuh kesopanan. (6) Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai yang menyita hendaklah dengan apa-apa cara mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai. (7) Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6) atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 655 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next