My bookmarksSign up free
← Water Services Industry Act 2006

Water Services Industry Act 2006 s 157

Water Services Industry Act 2006 s 157

s 157 Admissibility of statements in evidence

(1) If any person is charged with an offence under this Act or its subsidiary legislation, any statement, whether the statement amounts to a confession or not or whether it is oral or in writing, made at any time, whether before or after the person is arrested and whether in the course of an investigation under this Act or not and whether or not wholly or partly in answer to questions, by that person to or in the hearing of an authorized officer or other person, shall be admissible in evidence at his trial and, if the person charged tenders himself as witness, any such statement may be used in cross-examination and for the purpose of impeaching his credit. (2) No statement under subsection (1) shall be admissible or usedβ€” (a) if the making of the statement appears to the court to have been caused by an inducement, threat or promise having reference to the charge against such person proceeding from a person in authority and sufficient in the opinion of the court to give the person charged grounds which would appear to him reasonable for supposing that by making it he would gain any advantage or avoid any evil of a temporal nature in reference to the proceedings against him; or (b) in the case of a statement made by the person after his arrest, unless the court is satisfied that he was cautioned in the following words or words to the like effect: β€œIt is my duty to warn you that you are not obliged to say anything or to answer any question, but anything you say, whether in answer to a question or not, may be given in evidence.”. (3) A statement made by a person before there is time to caution him shall not be rendered inadmissible in evidence merely by reason of his not having been cautioned if he is cautioned as soon as possible after that. (4) Notwithstanding anything to the contrary contained in any written law, a person accused of an offence to which subsection (1) applies shall not be bound to answer any questions relating to the case after any caution as referred to in paragraph (2)(b) has been administered to him.

Malay text (authoritative)

Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

(1) Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu ditangkap dan sama ada dalam penjalanan suatu penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada atau tidak secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan, oleh orang itu kepada atau dengan didengar oleh seorang pegawai diberi kuasa atau orang lain, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya dan, jika orang yang dipertuduh itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan semasa pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya. (2) Tiada pernyataan di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan β€” (a) jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada seorang yang berkuasa dan cukup pada pendapat mahkamah untuk memberikan orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pendapatnya adalah munasabah untuk menyangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya; atau (b) dalam hal suatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dalam perkataan yang berikut atau perkataan yang serupa maksudnya: β€œMenjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada anda bahawa anda tidaklah diwajibkan untuk menyatakan apa-apa atau untuk menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang anda nyatakan, sama ada dalam menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan.”. (3) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidaklah menjadikan pernyataan itu tidak boleh diterima sebagai keterangan sematamata kerana orang itu tidak diberi amaran jika dia telah diberi amaran dengan secepat yang mungkin selepas itu. (4) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas apa-apa amaran yang disebut dalam perenggan 2(b) telah diberikan kepadanya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Chapter 3 β†’

Find Act 655 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next