(1) Every person who sells or transfers any property in respect of which expenses have been incurred by a licensee or its servants and agents, as the case may be, in or about the execution of any work which are, under this Act or its subsidiary legislation, recoverable from the owner of the property shall continue to be liable for the payment of all such expenses payable in respect of the property and for the performance of all other obligations imposed by this Act upon the owner of the property which become payable or are to be performed at any time before the transfer becomes effective.
(2) Nothing in this Act shall affect the liability of the purchaser or transferee to pay the expenses in respect of the property referred to in subsection (1) or affect the right of a licensee or its servants or agents, as the case may be, to recover those expenses from, or to enforce any obligation under this Act or its subsidiary legislation against, the purchaser or transferee.
Malay text (authoritative)
Kebertanggungan pemindah hakmilik
(1) Tiap-tiap orang yang menjual atau memindahkan hakmilik mana-mana harta yang berkenaan dengannya belanja telah dilakukan oleh pemegang lesen atau pekhidmat dan ejennya, mengikut manamana yang berkenaan, pada atau semasa melaksanakan apa-apa kerja yang, di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, boleh didapatkan daripada pemilik harta itu hendaklah terus bertanggungan bagi pembayaran semua belanja yang kena dibayar berkenaan dengan harta itu dan bagi pelaksanaan semua obligasi lain yang dikenakan oleh Akta ini ke atas pemilik harta itu yang menjadi kena dibayar atau yang hendaklah dilaksanakan pada bilabila masa sebelum pemindahan hakmilik itu berkuat kuasa.
(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh kebertanggungan pembeli atau penerima pindahan untuk membayar belanja berkenaan dengan harta yang disebut dalam subseksyen
(1) atau menyentuh hak pemegang lesen atau pekhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mendapatkan belanja itu daripada, atau untuk menguatkuasakan mana-mana obligasi di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya terhadap, pembeli atau penerima pindahan itu.
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).