Water Services Industry Act 2006 s 17
s 17 Renewal of individual licence
(1) An individual licensee may apply for a renewal of its individual licence not later than one year before the date of expiry of the existing individual licence.
(2) The Minister shall, on the recommendation of the Commission, upon payment of the prescribed fee, renew an existing individual licence except in the following circumstances:
(a) the individual licensee has failed to comply with any provisions of this Act or its subsidiary legislation;
(b) the individual licensee has failed to comply with any of the conditions of the individual licence;
(c) the individual licensee had improperly or illegally obtained the individual licence;
(d) the individual licensee has been convicted of an offence under this Act or its subsidiary legislation;
(e) a receiver, receiver and manager, provisional liquidator or like official has been appointed over the whole or substantial part of the individual licensee’s assets and such appointment is not revoked or annulled within a period of sixty days from the date of such appointment; or
(f) there has been any act or default on the part of the individual licensee or there has been a change of circumstances such that the individual licensee would no longer be entitled to be granted an individual licence under this Act.
(3) The Commission may request the individual licensee to provide any information or document as may be required for the renewal application within a period specified in the request.
(4) Notwithstanding subsection (2), if the information or document requested under subsection (3) is not provided by the individual licensee within the period specified in the request or any extension of time granted by the Commission, the Minister may not renew the individual licence.
(5) If the Minister refuses to renew the individual licence, the Commission shall inform the individual licensee by written notice as soon as practicable of the Minister’s refusal to renew the individual licence.
(6) The individual licensee shall be given an opportunity to make written submissions to the Minister within a period specified in the written notice referred to in subsection (5) which shall not be less than fourteen days.
(7) After the expiry of the period specified in the notice under subsection (6), the Minister shall, after considering any written submissions made by the individual licensee and having due regard to any recommendation of the Commission, decide whether or not to renew the individual licence.
(8) If the Minister decides not to renew the individual licence, the Commission shall notify the individual licensee as soon as practicable of the Minister’s decision and shall publish the decision in at least one national language and one English language national daily newspaper for at least three consecutive days.
(9) Any delay or failure to publish the notice referred to in subsection (8) shall not in any manner affect the validity of the Minister’s decision not to renew the individual licence.
(10) The Minister and the Commission shall not be liable for any action, loss or damage arising from or occasioned by the publication of the notice referred to in subsection (8).
Malay text (authoritative)
Pembaharuan lesen individu
(1) Pemegang lesen individu boleh memohon untuk membaharui lesen individunya tidak lewat daripada satu tahun sebelum tarikh tamat lesen individu yang sedia ada itu.
(2) Menteri hendaklah, atas syor Suruhanjaya, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membaharui suatu lesen individu yang sedia ada kecuali dalam hal keadaan yang berikut:
(a) pemegang lesen individu itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya;
(b) pemegang lesen individu itu tidak mematuhi mana-mana syarat lesen individu itu;
(c) pemegang lesen individu itu telah mendapatkan lesen individu itu secara tidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang;
(d) pemegang lesen individu itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya;
(e) seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang lesen individu itu dan pelantikan sedemikian tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau
(f) telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran di pihak pemegang lesen individu itu atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen individu itu tidak lagi berhak untuk diberikan lesen individu di bawah Akta ini.
(3) Suruhanjaya boleh meminta pemegang lesen individu itu untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki bagi permohonan pembaharuan itu dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu.
(4) Walau apa pun subseksyen (2), jika maklumat atau dokumen yang diminta di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemegang lesen individu itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Suruhanjaya, Menteri boleh tidak membaharui lesen individu itu.
(5) Jika Menteri enggan membaharui lesen individu itu, Suruhanjaya hendaklah memaklumkan pemegang lesen individu itu melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keengganan Menteri untuk membaharui lesen individu itu.
(6) Pemegang lesen individu itu hendaklah diberi peluang untuk membuat penghujahan bertulis kepada Menteri dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang disebut dalam subseksyen (5) yang hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari.
(7) Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (6), Menteri hendaklah, selepas menimbangkan apaapa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen individu itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor Suruhanjaya, memutuskan sama ada untuk membaharui lesen individu itu atau tidak.
(8) Jika Menteri memutuskan untuk tidak membaharui lesen individu itu, Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemegang lesen individu itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keputusan Menteri dan hendaklah menyiarkan keputusan itu dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian nasional bahasa kebangsaan dan satu surat khabar harian nasional bahasa Inggeris untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
(9) Apa-apa kelengahan atau kegagalan untuk menyiarkan notis yang disebut dalam subseksyen (8) tidak boleh dalam apa-apa cara pun menjejaskan kesahan keputusan Menteri untuk tidak membaharui lesen individu itu.
(10) Menteri dan Suruhanjaya tidaklah bertanggungan bagi apaapa tindakan, kerugian atau kerosakan yang berbangkit daripada atau yang disebabkan oleh penyiaran notis yang disebut dalam subseksyen (8).
Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →
Find Act 655 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).