My bookmarksSign up free
← Water Services Industry Act 2006

Water Services Industry Act 2006 s 180

Water Services Industry Act 2006 s 180

s 180 Power of Commission to make rules

The Commission may make such rules for all or any of the following matters: (a) to provide for the following technical and performance standards: (i) the minimum standards and specifications which shall be used in the design, construction, installation, protection, operation and maintenance of any water supply system or sewerage system; (ii) installation of meters and sub-meters or monitoring systems with respect to connection, disconnection, use, maintenance, authentication, testing and commissioning of meters and sub-meters or monitoring systems and with respect to any related matters; (iii) the minimum qualifications to be possessed by persons before they may be allowed to construct, install, test, commission, operate, maintain or manage any water supply system or sewerage system or part of the system; (iv) the standards of performance and adoption of key performance indicators for water supply services and sewerage services; (v) the performance related specifications for infrastructure development to be undertaken by the facilities licensee or any other person; (vi) the internal reticulation including internal piping and water filters; (vii) the standardization of equipment, devices and materials used for water supply systems and sewerage systems and for the purposes of providing water supply services and sewerage services; (b) the form and substance of any of the following agreements: (i) lease agreements referred to in section 32; (ii) agreements between consumers and the water distribution licensee for the supply of water under section 52; (iii) agreements to supply water in bulk between service licensees providing water supply services under section 53; and (iv) agreements for the provision of sewerage services contracted between the owner, management corporation or occupier of any premises with the service licensee providing sewerage services under section 67; (c) all matters relating to consumer standards under this Act; (d) the efficiency of billing and collection of revenue generated from the provision of water supply services and sewerage services; (e) the intervals and the manner in which the owner, management corporation or occupier who is responsible for a private sewerage system or septic tank shall cause his septic tank to be desludged and, in the case of a private sewerage system, to be serviced or maintained; (f) the intervals, times and manner in which any water supply system or sewerage system shall be inspected, the notice, if any, to be given in relation to audits or inspections and the preparations to be made by the licensee or its management for audits or inspections; (g) all matters relating to the issuance of permits granted under this Act, including the procedures for application, fees, forms, conditions and duration of the permits; (h) the manner of record keeping under section 136; (i) all matters relating to the provision of information by the licensee to the Commission and the level of detail, interval, manner and form in which such information is to be provided; (j) all matters relating to the types of development referred to in sections 46 and 47; (k) all matters relating to the safety and security of water supply systems and sewerage systems; (l) all matters relating to the formulation and implementation of water and sewerage safety plans; (m) all matters relating to the registration of persons supplying installations, devices or equipment relating to water supply systems, sewerage systems, septic tanks, individual internal sewerage piping or common internal sewerage piping; (n) the procedures and manner in which plans and specifications in respect of any proposed water supply system and sewerage systems are to be submitted and approved under this Act, the duties and responsibilities of the certifying agencies, licensees, developers and other relevant persons in the approval process including the approval of the detailed design and specifications, inspection obligations and the imposition of fees; (o) all matters relating to the prevention against wastage, undue consumption, misuse, contamination of water and to provide for the proper use of water fittings to ensure the safety of the public; (p) such other matters for which this Act makes an express provision for the Commission to make rules.

Malay text (authoritative)

Kuasa Suruhanjaya untuk membuat kaedah-kaedah

Suruhanjaya boleh membuat apa-apa kaedah bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut: (a) memperuntukkan standard teknikal dan prestasi yang berikut: (i) standard dan spesifikasi minimum yang hendak digunakan dalam mereka bentuk, membina, memasang, melindungi, mengendalikan dan menyenggarakan apa-apa sistem bekalan air atau sistem pembetungan; (ii) pemasangan meter dan submeter atau sistem pemantauan berkenaan dengan penyambungan, pemotongan, penggunaan, penyenggaraan, pengesahan, pengujian dan pentauliahan meter dan submeter atau sistem pemantauan dan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan; (iii) kelayakan minimum yang kena dimiliki oleh orang sebelum orang itu boleh dibenarkan membina, memasang, menguji, mentauliahkan, mengendalikan, menyenggarakan atau menguruskan apa-apa sistem bekalan air atau sistem pembetungan atau sebahagian sistem itu; (iv) standard prestasi dan penerimapakaian petunjuk prestasi utama bagi sistem bekalan air dan sistem pembetungan; (v) spesifikasi berkaitan prestasi bagi pembangunan infrastruktur yang hendak diusahakan oleh pemegang lesen kemudahan atau mana-mana orang lain; (vi) retikulasi dalaman termasuk perpaipan dalaman dan penuras air; (vii) penstandardan kelengkapan, peranti dan bahan yang digunakan bagi sistem bekalan air dan sistem pembetungan dan bagi maksud menyediakan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan; (b) bentuk dan kandungan mana-mana perjanjian yang berikut: (i) perjanjian pajakan yang disebut dalam seksyen 32; (ii) perjanjian antara pengguna dengan pemegang lesen pengagihan air bagi pembekalan air di bawah seksyen 52; (iii) perjanjian untuk membekalkan air secara pukal antara pemegang-pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan bekalan air di bawah seksyen 53; dan (iv) perjanjian bagi penyediaan perkhidmatan pembetungan yang dikontrakkan antara pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis dengan pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan di bawah seksyen 67; (c) semua perkara yang berhubungan dengan standard pengguna di bawah Akta ini; (d) kecekapan pengebilan dan pengutipan hasil yang dihasilkan daripada penyediaan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan; (e) lat tempoh dan cara yang mengikutnya pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni yang bertanggungjawab bagi suatu sistem pembetungan persendirian atau tangki septik hendak menyebabkan supaya tangki septiknya dinyahenap cemar dan, dalam hal suatu sistem pembetungan persendirian, diservis atau disenggarakan; (f) lat tempoh, masa dan cara yang mengikutnya mana-mana sistem bekalan air atau sistem pembetungan hendak diperiksa, notis yang hendak diberikan, jika ada, berhubung dengan audit atau pemeriksaan dan persediaan yang dikehendaki dibuat oleh pemegang lesen atau pengurusannya bagi audit atau pemeriksaan; (g) semua perkara yang berhubungan dengan pengeluaran permit yang diberikan di bawah Akta ini, termasuklah tatacara bagi permohonan, fi, bentuk, syarat dan tempoh permit itu; (h) cara menyimpan rekod di bawah seksyen 136; (i) semua perkara yang berhubungan dengan pemberian maklumat oleh pemegang lesen kepada Suruhanjaya dan tahap perincian, lat tempoh, cara dan bentuk yang mengikutnya maklumat itu hendak diberikan; (j) semua perkara yang berhubungan dengan jenis pembangunan yang disebut dalam seksyen 46 dan 47; (k) semua perkara yang berhubungan dengan keadaan selamat dan keselamatan sistem bekalan air dan sistem pembetungan; (l) semua perkara yang berhubungan dengan perumusan dan pelaksanaan pelan keselamatan air dan pembetungan; (m) semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran orang yang membekalkan pemasangan, peranti atau kelengkapan yang berhubungan dengan sistem bekalan air, sistem pembetungan, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama; (n) tatacara dan cara yang mengikutnya pelan dan spesifikasi berkenaan dengan apa-apa sistem bekalan air dan sistem pembetungan yang dicadangkan hendak dikemukakan dan diluluskan di bawah Akta ini, kewajipan dan tanggungjawab agensi perakuan, pemegang lesen, pemaju dan orang yang berkenaan yang lain dalam proses kelulusan itu termasuk kelulusan bagi reka bentuk dan spesifikasi yang terperinci, obligasi pemeriksaan dan pengenaan fi; (o) semua perkara yang berhubungan dengan pencegahan terhadap pembaziran, penggunaan yang tidak wajar, salah guna, pencemaran air dan untuk memperuntukkan bagi penggunaan yang sewajarnya lengkapan air untuk memastikan keselamatan orang awam; (p) apa-apa perkara lain yang baginya Akta ini membuat peruntukan nyata supaya kaedah-kaedah dibuat oleh Suruhanjaya.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 655 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next