My bookmarksSign up free
← Water Services Industry Act 2006

Water Services Industry Act 2006 s 191

Water Services Industry Act 2006 s 191

s 191 Agreements stipulated in the Schedule

(1) A person listed out as an authorized person in column (1) of the Schedule shall only be authorized to carry out the services and activities stipulated in the agreement and supplementary agreement set out opposite his name in column (2) of the Schedule for a period of three months from the appointed date or such other period as may be extended by the Commission unless the person lodges a certified true copy of the agreement and supplementary agreement with the Commission within such period or extended period. (2) Notwithstanding subsection (1), the authorized person who lodges a certified true copy of the agreement and supplementary agreements with the Commission under subsection (1) shall continue to be authorized under this section until the expiry of a period of two years or such other period as may be extended by the Commission after the appointed date. (3) The authorization granted to the persons authorized under subsection (1) shall lapse if they fail to register with the Commission within three months or the extended period after the appointed date. (4) The person authorized under subsection (1) shall as soon as possible after lodging his agreement and supplementary agreements, but in any event not later than three months after the lodgement date, commence renegotiation of his agreement and supplementary agreement with the Federation and the other counter parties to the agreement and supplementary agreement so as to address any national interest issues arising from the coming into operation of this Act. (5) The determination of what amounts to national interest issues arising from the coming into operation of this Act shall be made by the Minister and such determination shall be final and binding upon all persons and shall not be challenged, appealed against, reviewed, quashed or questioned in any court. (6) Upon the finalization of the renegotiated agreement or supplementary agreement effecting the amendments, if any, the Commission shall register the amended agreements notwithstanding section 173. (7) Notwithstanding the provisions of this Act, any other written law or any rule of law or contract, the failure of a person authorized under subsection (1) to commence renegotiation of his agreement and supplementary agreement as required under subsection (4) shall be a ground for the authorization referred to in subsection (1) to be revoked or for a licence under this Act not to be granted to such person. (8) If an authorization has been revoked under subsection (7) or if a grant of licence is refused on the ground specified in subsection (7), the Federal Government, Minister or Commission shall not be liable— (a) to pay any compensation to; and (b) for any loss or damage suffered or incurred by, the person affected by the revocation of the authorization or the refusal of the grant of licence. (9) If a person’s authorization is revoked under subsection (7) or the person has been refused a licence on the ground specified in subsection (7), the Minister shall exercise his powers under section 114 and all provisions relating to section 114 shall apply accordingly.

Malay text (authoritative)

Perjanjian yang ditentukan dalam Jadual

(1) Seseorang yang disenaraikan sebagai orang diberi kuasa dalam ruang (1) Jadual hendaklah hanya diberi kuasa untuk menjalankan perkhidmatan dan aktiviti yang ditentukan dalam perjanjian dan perjanjian tambahan yang dinyatakan bersetentangan dengan namanya dalam ruang (2) Jadual selama tempoh tiga bulan dari tarikh ditetapkan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Suruhanjaya melainkan jika orang itu menyerahkan suatu salinan perjanjian dan perjanjian tambahan yang diperakui benar itu kepada Suruhanjaya dalam tempoh atau tempoh lanjut itu. (2) Walau apa pun subseksyen (1), orang yang diberi kuasa yang menyerahkan suatu salinan perjanjian atau perjanjian tambahan yang diperakui benar kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah terus diberi kuasa di bawah seksyen ini sehingga tamat tempoh dua tahun atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Suruhanjaya selepas tarikh ditetapkan. (3) Pemberikuasaan yang diberikan kepada orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah luput jika mereka tidak berdaftar dengan Suruhanjaya dalam tempoh tiga bulan atau tempoh lanjut selepas tarikh ditetapkan. (4) Orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan secepat mungkin selepas menyerahkan perjanjian dan perjanjian tambahannya, tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada tiga bulan selepas tarikh penyerahan itu, memulakan rundingan semula perjanjian dan perjanjian tambahannya dengan Persekutuan dan pihak lain kepada perjanjian dan perjanjian tambahan itu supaya dapat menangani apa-apa isu kepentingan negara yang berbangkit daripada mula berkuat kuasanya Akta ini. (5) Penentuan mengenai apa yang terjumlah dalam isu kepentingan negara yang berbangkit daripada mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah dibuat oleh Menteri dan penentuan sedemikian adalah muktamad dan mengikat semua orang dan tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam manamana mahkamah. (6) Apabila perjanjian atau perjanjian tambahan yang dirunding semula dimuktamadkan dengan pindaan, jika ada, Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan perjanjian yang dipinda itu walau apa pun seksyen 173. (7) Walau apa pun peruntukan Akta ini, mana-mana undangundang bertulis yang lain atau apa-apa rukun undang-undang atau kontrak, kegagalan seseorang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) untuk memulakan rundingan semula perjanjian dan perjanjian tambahannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) hendaklah menjadi suatu alasan bagi pemberikuasaan yang disebut dalam subseksyen (1) dibatalkan atau bagi suatu lesen di bawah Akta ini tidak diberikan kepada orang itu. (8) Jika sesuatu pemberikuasaan telah dibatalkan di bawah subseksyen (7) atau jika lesen tidak diberikan atas alasan yang dinyatakan dalam subseksyen (7), Kerajaan Persekutuan, Menteri atau Suruhanjaya tidaklah bertanggungan— (a) untuk membayar apa-apa pampasan kepada; dan (b) bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau yang ditanggung oleh, orang yang terjejas oleh pembatalan pemberikuasaan itu atau keengganan untuk memberikan lesen itu. (9) Jika pemberikuasaan seseorang telah dibatalkan di bawah subseksyen (7) atau orang itu tidak diberikan lesen atas alasan yang dinyatakan dalam subseksyen (7), Menteri hendaklah menjalankan kuasanya di bawah seksyen 114 dan semua peruntukan yang berhubungan dengan seksyen 114 hendaklah terpakai dengan sewajarnya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 655 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next