s 86 Prescribed rates and charges may be collected and retained by licensee
(1) A service licensee may demand, collect and retain all prescribed rates and charges in respect of the supply of water or provision of sewerage services to any consumer premises.
(2) A water distribution licensee shall be permitted to demand, collect and retain all prescribed rates and charges for and on behalf of a service licensee providing sewerage services, if so authorized by the service licensee providing sewerage services.
(3) A water distribution licensee who demand, collect and retain all prescribed rates and charges for and on behalf of a service licensee providing sewerage services under subsection (2) shall be entitled to exercise all rights and remedies under sections 88 and 89 with respect to the non-payment of sewerage services.
(4) A copy of the authorization provided by the service licensee providing sewerage services shall be provided by the water distribution licensee to the applicable customer of the service licensee providing sewerage services prior to demanding, collecting and retaining all applicable rates and charges.
Malay text (authoritative)
Kadar dan caj ditetapkan boleh dikutip dan dipegang simpan oleh pemegang lesen
(1) Pemegang lesen boleh menuntut, mengutip dan memegang simpan semua kadar dan caj ditetapkan berkenaan dengan pembekalan air atau penyediaan perkhidmatan pembetungan ke mana-mana premis pengguna.
(2) Pemegang lesen pengagihan air hendaklah dibenarkan menuntut, mengutip dan memegang simpan semua kadar dan caj ditetapkan untuk dan bagi pihak pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan, jika diberi kuasa sedemikian oleh pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan itu.
(3) Pemegang lesen pengagihan air yang menuntut, mengutip dan memegang simpan semua kadar dan caj ditetapkan untuk atau bagi pihak pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan di bawah subseksyen (2) adalah berhak untuk menjalankan semua hak dan remedi di bawah seksyen 88 dan 89 berkenaan dengan kegagalan membayar perkhidmatan pembetungan.
(4) Suatu salinan pemberikuasaan yang diberikan oleh pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan hendaklah diberikan oleh pemegang lesen pengagihan air itu kepada
pelanggan yang berkenaan pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan itu sebelum menuntut, mengutip dan memegang simpan semua kadar dan caj yang berkenaan.
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).