My bookmarksSign up free
← Malaysian Pepper Board Act 2006

Malaysian Pepper Board Act 2006 s 43

Malaysian Pepper Board Act 2006 s 43

s 43 Power to stop, search and seize conveyances

(1) If an authorized officer has reasonable cause to suspect that any conveyance is carrying any pepper, pepper product, machinery, contrivance, equipment, book, record, document or any other article in respect of which an offence under this Act is being or has been committed, he may stop and examine the conveyance and may, if on examination he has reasonable cause to believe that such conveyance is or has been used for the commission of such offence, seize such conveyance and any pepper, pepper product, machinery, contrivance, equipment, book, record, document or other article found in the conveyance that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of such offence. (2) The person in control or in charge of the conveyance shall, if required to do so by the authorized officerβ€” (a) stop the conveyance and allow the authorized officer to examine it; and (b) open all parts of the conveyance for examination and take all measures necessary to enable or facilitate the carrying out of such examination as the authorized officer considers necessary. (3) Any person who contravenes subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita kenderaan

(1) Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana kenderaan yang membawa apa-apa lada, keluaran lada, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa benda lain berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa kenderaan itu dan boleh, jika apabila diperiksa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa kenderaan itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita kenderaan itu dan apa-apa lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai dalam kenderaan itu yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu. (2) Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai yang diberi kuasaβ€” (a) memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa memeriksanya; dan (b) membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VI β†’

Find Act 656 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next