My bookmarksSign up free
← Malaysian Pepper Board Act 2006

Malaysian Pepper Board Act 2006 s 82

Malaysian Pepper Board Act 2006 s 82

s 82 Savings for licences and registers

(1) Notwithstanding the repeal and dissolution under section 75 or any provision of this Act to the contrary, every person who, before the appointed day, held a valid licence issued to him under the repealed Regulations shall be deemed to be licensed under this Act until the expiry date of the licence and subject to the terms and conditions attached thereto. (2) Every licence by virtue of which a person is deemed under subsection (1) to be licensed under this Act shall be deemed to have been issued under this Act; and the Board may alter the terms and conditions attached to the licence for the purpose of bringing them into conformity with the policy of the Board regarding the imposition of conditions on licensing under this Act. (3) The provisions of this Act relating to the cancellation of licences shall apply to all persons deemed under subsection (1) to be licensed under this Act. (4) If a person deemed to be licensed under this Act under subsection (1) desires to be licensed under this Act after the expiration of the period for which he is deemed to be licensed under this Act, he may apply to the Board for a licence in accordance with the regulations made under this Act, notwithstanding anything to the contrary, and his application shall be made and treated as a fresh application and not as an application for renewal of licence. (5) All registers kept and maintained under the repealed Regulations shall be deemed to be registers kept and maintained under this Act and shall be deemed to form part thereof.

Malay text (authoritative)

Kecualian bagi lesen dan daftar

(1) Walau apa pun pemansuhan dan pembubaran di bawah seksyen 75 atau apa-apa peruntukan Akta ini yang berlawanan, tiap-tiap orang yang, sebelum hari ditetapkan, memegang lesen yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Peraturan-Peraturan dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai dilesenkan di bawah Akta ini sehingga tarikh tamat tempoh lesen itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan padanya. (2) Tiap-tiap lesen yang menurut kuasanya seseorang disifatkan di bawah subseksyen (1) sebagai dilesenkan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah dikeluarkan di bawah Akta ini; dan Lembaga boleh mengubah terma dan syarat yang dikenakan pada lesen itu bagi maksud menyelaraskannya dengan dasar Lembaga mengenai pengenaan syarat tentang pelesenan di bawah Akta ini. (3) Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pembatalan lesen hendaklah terpakai bagi semua orang yang disifatkan di bawah subseksyen (1) sebagai dilesenkan di bawah Akta ini. (4) Jika seseorang yang disifatkan sebagai dilesenkan di bawah Akta ini di bawah subseksyen (1) berhasrat untuk dilesenkan di bawah Akta ini selepas tamat tempoh yang baginya dia disifatkan dilesenkan di bawah Akta ini, dia boleh memohon kepada Lembaga untuk dilesenkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan, dan permohonannya hendaklah dibuat dan dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukan sebagai suatu permohonan bagi pembaharuan lesen. (5) Semua daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Peraturan-Peraturan dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripadanya.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 656 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next