Youth Societies and Youth Development Act 2007 s 121
Youth Societies and Youth Development Act 2007 s 121
s 121 Regulations
(1) The Minister may make such regulations as are necessary to give full effect to the provisions of this Act.
(2) In particular, without prejudice to the generality of the power conferred by subsection (1), the Minister may make regulations for or in respect of all or any of the following matters—
(a) prescribing the manner of registration of youth societies under this Act;
(b) prescribing the forms which may be used for carrying out the provisions of this Act;
(c) prescribing information to be furnished to the Registrar;
(d) prescribing the fees which may be levied under this Act;
(e) prescribing the manner in which the Dispute Resolution Panel shall be convened or generally for the better carrying out of the duties and functions of the Dispute Resolution Panel under this Act;
(f) the form of register or other records that shall be kept or maintained under this Act and minutes that shall be prepared in such register and record; and
(g) prescribing anything which may be prescribed under this Act.
(3) Any such regulations may provide that the breach of any regulation is an offence against such regulations and may prescribe penalties of a fine not exceeding two thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding six months or for both such offence and imprisonment.
Malay text (authoritative)
Peraturan-peraturan
(1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu bagi memberi kesan sepenuhnya kepada peruntukan Akta ini.
(2) Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan untuk atau berkenaan dengan segala atau mana-mana jua daripada hal yang berikut—
(a) menetapkan cara pendaftaran bagi pertubuhan belia di bawah Akta ini;
(b) menetapkan borang yang boleh digunakan untuk menjalankan peruntukan Akta ini;
(c) menetapkan maklumat yang kena diberikan kepada Pendaftar;
(d) menetapkan fi yang boleh dikutip di bawah Akta ini;
(e) menetapkan cara Panel Penyelesaian Pertikaian bersidang atau secara amnya bagi penjalanan yang lebih baik akan tugas dan fungsi Panel Penyelesaian Pertikaian di bawah Akta ini;
(f) bentuk suatu daftar atau rekod lain yang hendaklah disimpan atau disenggarakan di bawah Akta ini dan catatan yang hendaklah dibuat dalam daftar dan rekod itu; dan
(g) menetapkan apa-apa perkara lain yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.
(3) Mana-mana peraturan yang tersebut itu boleh mengadakan peruntukan bahawa pelanggaran mana-mana peraturan adalah suatu kesalahan terhadap peraturan itu dan boleh menetapkan hukuman penalti suatu denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan itu dan pemenjaraan.
Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).