My bookmarksSign up free
← Youth Societies and Youth Development Act 2007

Youth Societies and Youth Development Act 2007 s 58

Youth Societies and Youth Development Act 2007 s 58

s 58 Powers of the Institute

(1) The Institute shall have the power to do all things necessary or expedient for or in connection with the performance of its functions. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1), the powers of the Institute shall include power— (a) to enter into contracts; (b) to acquire, purchase, take, hold and enjoy movable and immovable property of every description; (c) to convey, assign, surrender, yield up, charge, mortgage, demise, reassign, transfer or otherwise dispose of, or deal with any movable or immovable property or any interest therein vested in the Institute; (d) to conduct or coordinate activities relating to research on youth development and other related services; (e) to impose fees or charges for services rendered by the Institute; (f) to collect and receive moneys in relation to any activity or services rendered by the Institute or usage of the facilities of the Institute; (g) to enter into any negotiation and agreement or consideration as it deems fit in performing its functions; (h) to acquire, hold, dispose of or grant rights relating to any research findings conducted by or on behalf of the Institute or in relation to any research findings conducted by any person or organisations; (i) to assign any person or body to conduct research or development or both; (j) to conduct and coordinate any activity as it deems fit for the purpose of protecting and developing the Malaysian youth; and (k) to do all things expedient or necessary for or incidental to the performance of its functions under this Act. (3) The Institute may, in exercising any of its functions which related to business activities for gaining profit or interest through a company that may be incorporated from time to time under the Companies Act 1965 [Act 125] and such company may only be incorporated on approval by the Minister with the consent of the Minister of Finance. (4) The Minister may make regulations prescribing any activity or interest or prescribing the terms and conditions of any activity or interest of any member, officer or servant of the Institute in relation to any company established under subsection (2) or to any company, industry or entrepreneurship. (5) Any omission or non compliance and any act done or purport to be done contrary to, the provision of such regulations is an offence under this Act and the accused shall, on conviction, be liable to a fine not less than two hundred fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa Institut

(1) Institut hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Institut hendaklah termasuk kuasa— (a) untuk membuat kontrak; (b) untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih atau hak tak alih; (c) untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya, yang terletak hak pada Institut; (d) untuk menjalankan atau menyelaraskan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan pembangunan belia dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya; (e) untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Institut; (f) untuk mengutip dan menerima wang berhubung dengan apa-apa aktiviti atau perkhidmatan yang diberikan oleh Institut atau penggunaan kemudahan Institut; (g) untuk membuat apa-apa rundingan dan perjanjian atau perkiraan yang disifatkannya patut bagi menunaikan fungsinya; (h) untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau memberikan hak yang berhubungan dengan apa-apa hasil penyelidikan yang dijalankan oleh atau bagi pihak Institut atau berhubung hasil dengan apa-apa hasil penyelidikan yang diusahakan oleh mana-mana orang atau organisasi; (i) untuk menugaskan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan atau pembangunan atau keduaduanya; (j) untuk menjalankan dan menyelaraskan apa-apa aktiviti yang disifatkannya patut bagi maksud melindungi dan memajukan belia Malaysia; dan (k) untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau perlu atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini. (3) Institut boleh, dalam menunaikan apa-apa fungsinya dalam hal yang bersesuaian menjalankan aktiviti perniagaan bagi mendapat untung atau faedah melalui syarikat yang boleh ditubuhkan dari semasa ke semasa di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan syarikat itu hanya boleh ditubuhkan setelah diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan. (4) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan apa-apa aktiviti atau kepentingan atau menetapkan terma dan syarat mana-mana aktiviti atau kepentingan mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Institut berhubung dengan mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah subseksyen (2) atau kepada mana-mana syarikat, perusahaan atau pengusahaan. (5) Apa-apa peninggalan atau ketidakpatuhan dan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau yang cuba dilakukan yang berlawanan dengan peruntukan peraturan-peraturan itu suatu kesalahan di bawah Akta ini dan pesalah itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 668 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next