My bookmarksSign up free
← Youth Societies and Youth Development Act 2007

Youth Societies and Youth Development Act 2007 s 66

Youth Societies and Youth Development Act 2007 s 66

s 66 Committees of the Board

(1) The Board may establish any committee as it considers necessary or expedient to assist it in the performance of its functions under this Act. (2) The Board may appoint any person to be a member of any committee established under subsection (1). (3) A committee established under this section may elect any of its members to be a chairman and may regulate its own procedure and, in exercising its powers under this subsection, the committee shall be subject to and act in accordance with any direction given to the committee by the Board. (4) Meetings of a committee established under this section shall be held at such time and place as the chairman of the committee may determine, subject to subsection (3). (5) A committee may invite any person who is not a member of the committee to attend any of its meeting, for the purpose of advising it on any matter under discussion but that person shall not be entitled to vote at the meeting. (6) Members of the committee or any person invited under subsection (5) to attend any meeting of a committee may be paid any allowances and other expenses as the Board may determine. (7) A member of a committee shall hold office for such term as may be specified in his letter of appointment and is eligible for reappointment. (8) The Board may revoke the appointment of any member of a committee without assigning any reason for the revocation. (9) A member of a committee may at any time resign by giving a notice in writing to the Chairman of the Board.

Malay text (authoritative)

Jawatankuasa Lembaga

(1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang didapatinya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini. (2) Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1). (3) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu adalah tertakluk kepada dan hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga. (4) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di manamana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu, tertakluk kepada subseksyen (3). (5) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa, bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak mengundi pada mana-mana mesyuarat itu. (6) Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (5) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Lembaga. (7) Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula. (8) Pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab baginya. (9) Anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 668 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next