Youth Societies and Youth Development Act 2007 s 90
s 90 Liability of office-bearer in respect of offences by youth society
(1) Where any offence under this Act—
(a) whether or not any person has been convicted in respect thereof; and
(b) has been committed or purports to have been committed in the name or on behalf of any youth society established by, under or pursuant to this Act;
every office bearer of such youth society or every person managing or assisting in the management of such youth society at the time of the commission of such offence, shall be deemed to be guilty of such offence and shall be liable to the punishment prescribed by law thereof, unless he proves to the satisfaction of the court that the offence was committed without his knowledge and that he had exercised all due diligence to prevent the commission of the offence.
(2) In any prosecution under this section against an office-bearer or any person managing or assisting in the management of a youth society mentioned under subsection (1), any document found in the possession of an office bearer or of a person assisting in the management of such youth society, or of a member of such youth society, shall be prima facie evidence of the contents thereof for the purpose of proving that anything has been done or purports to have been done by or on behalf of the youth society.
Malay text (authoritative)
Liabliti pemegang jawatan berkenaan dengan kesalahan oleh pertubuhan belia
(1) Jika apa-apa kesalahan di bawah Akta ini—
(a) sama ada atau tidak mana-mana orang telah disabitkan berkenaan dengannya; dan
(b) telah dilakukan atau berupaya sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak mana-mana pertubuhan belia yang ditubuhkan oleh, di bawah atau menurut Akta ini;
tiap-tiap pemegang jawatan dalam pertubuhan belia itu atau tiaptiap orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan belia itu pada masa kesalahan itu dilakukan, hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan tersebut dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang, mengenainya melainkan dia membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan dia telah melaksanakan segala usaha yang sewajarnya untuk mencegah pelakuan kesalahan.
(2) Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini terhadap seseorang pemegang jawatan atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan mana-mana pertubuhan belia yang dinyatakan dalam subseksyen (1), apa-apa dokumen yang ditemui dalam pemilikan mana-mana pemegang jawatan atau orang yang membantu dalam pengurusan pertubuhan belia tersebut, atau dalam pemilikan seseorang anggota pertubuhan belia tersebut, adalah menjadi keterangan prima facie tentang kandungannya bagi maksud untuk membuktikan bahawa apa-apa jua telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan oleh atau bagi pihak pertubuhan belia itu.
Read this section in the full act → · Open Part VIII →
Find Act 668 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).