Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 10
Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 10
s 10 Establishment of committees
(1) The Council may establish such committees as it deems necessary or expedient to assist it in the performance of its functions and the exercise of its powers under this Act.
(2) A committee established under subsection (1)—
(a) shall be chaired by any member of the Council specified under paragraphs 6(2)(b) to (m);
(b) shall conform to and act in accordance with any direction given to it by the Council; and
(c) may determine its own procedure.
(3) Members of the committees established under subsection
(1) may be appointed from amongst members of the Council or such other persons as the Council thinks fit.
(4) Except for members of the committees appointed from amongst members of the Council, any other persons appointed as members of the committees may be paid such allowance as the Minister may determine.
(5) A member of a committee shall hold office for such term as may be specified in his letter of appointment and is eligible for reappointment.
(6) The Council may revoke the appointment of any member of a committee without assigning any reason therefor.
(7) A member of a committee may, at any time, resign by giving notice in writing to the chairman of the committee.
(8) The Council may, at any time, discontinue or alter the constitution of a committee.
(9) A committee shall hold its meetings at such times and places as the chairman of the committee may determine.
(10) A committee may invite any person to attend any meeting of the committee for the purpose of advising it on any matter under discussion but that person shall not be entitled to vote at the meeting.
(11) Any person invited under subsection (10) may be paid such allowance as the Minister may determine.
Malay text (authoritative)
Penubuhan jawatankuasa
(1) Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
(2) Suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—
(a) hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana anggota Majlis yang dinyatakan di bawah perenggan 6(2)(b) hingga (m);
(b) hendaklah mematuhi dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Majlis; dan
(c) boleh menetapkan tatacaranya sendiri.
(3) Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen
(1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Majlis atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.
(4) Kecuali bagi anggota jawatankuasa yang dilantik daripada kalangan anggota Majlis, mana-mana orang lain yang dilantik sebagai anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
(5) Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
(6) Majlis boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberi apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(7) Anggota sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.
(8) Majlis boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
(9) Sesuatu jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa.
(10) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat tersebut.
(11) Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen
(10) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).