s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“this Act” includes any subsidiary legislation made under this Act;
“prescribed” means prescribed by the Minister by regulations;
“fraudulent travel or identity document” means a travel or identity document that—
(a) has been made, or altered in a material way, by a person other than a person or agency lawfully authorised to make or issue the travel or identity document on behalf of a country;
(b) has been issued or obtained through misrepresentation, corruption or duress or in any other unlawful manner; or
(c) is being improperly used by a person other than the rightful holder;
“exploitation” means all forms of sexual exploitation, forced labour or services, slavery or practices similar to slavery, servitude, any illegal activity or the removal of human organs;
“child” means a person who is under the age of eighteen years;
“Court” means Sessions Court;
“Council” means the *Council for Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants established under section 6;
“Minister” means the Minister charged with the responsibility for internal security;
“smuggled migrant” means a person who is the object of the act of smuggling of migrants, regardless of whether that person participated in the act of smuggling of migrants;
“receiving country” means a country into which a trafficked person or a smuggled migrant is brought as part of an act of trafficking in persons or smuggling of migrants, as the case may be;
“transit country” means a country from which, or into or through which, a trafficked person or a smuggled migrant, as the case may be, is brought or travels through by land, sea or air or temporarily remains in as part of an act of trafficking in persons or smuggling of migrants;
“trafficked person” means any person who is the victim or object of an act of trafficking in persons;
“coercion” means—
(a) threat of serious harm to or physical restraint against any person;
(b) any scheme, plan, or pattern intended to cause a person to believe that failure to perform an act would result in serious harm to or physical restraint against any person; or
(c) the abuse or threatened abuse of the legal process;
“officer of the Malaysian Maritime Enforcement Agency” has the same meaning assigned to it by the Malaysian Maritime Enforcement Agency Act 2004 [Act 633];
“Labour Officer” means a Labour Officer appointed under section 3 of the Employment Act 1955 [Act 265] or section 3 of the Sabah Labour Ordinance [Sabah Cap. 67] or section 3 of the Sarawak Labour Ordinance [Sarawak Cap. 76];
“immigration officer” has the same meaning assigned to it by the Immigration Act 1959/63 [Act 155];
“Officer of customs” has the same meaning assigned to it by the Customs Act 1967 [Act 235];
“Social Welfare Officer” means any Social Welfare Officer in the ministry or department responsible for welfare services and includes any Assistant Social Welfare Officer;
“Protection Officer” means any officer appointed under section 43;
“enforcement officer” means any officer specified in section 27;
“medical officer” means a registered medical practitioner in the service of the Government and includes a registered medical practitioner in any teaching hospital of a University;
“permanent resident” has the same meaning assigned to it by the Courts of Judicature Act 1964 [Act 91];
“trafficking in persons” means all actions involved in acquiring or maintaining the labour or services of a person through coercion, and includes the act of recruiting, conveying, transferring, harbouring, providing or receiving a person for the purposes of this Act;
“conveyance” means any vehicle, vessel, ship, aircraft, or any other mode of transport whether by air, sea or land;
“smuggling of migrants” means—
(a) arranging, facilitating or organizing, directly or indirectly, a person’s unlawful entry into or through, or unlawful exit from, any country of which the person is not a citizen or permanent resident either knowing or having reason to believe that the person’s entry or exit is unlawful; and
(b) recruiting, conveying, transferring, concealing, harbouring or providing any other assistance or service for the purpose of carrying out the acts referred to in paragraph
(a);
“Protection Order” means an order made by a Magistrate for the care and protection of a trafficked person under paragraph 51(3)(a);
“premises” means house, building, factory, land, tenement, easement of any tenure, whether open or enclosed, whether built on or not, whether public or private, and whether maintained or not under statutory authority, and includes any container.
*NOTE—All references to the Anti-Trafficking in Persons Act 2007 and the Council for Anti- Trafficking in Persons in any written law or document shall, on the coming into operation of this Act, be construed as references to the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 and the Council for Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants respectively—see section 26 of the Anti-Trafficking in Persons (Amendment) Act 2010 [Act A1385] w.e.f. 15 November 2010–see P.U. (B) 500/2010.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturanperaturan;
“dokumen perjalanan atau pengenalan diri fraud” ertinya sesuatu dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang—
(a) telah dibuat, atau diubah dalam bentuk yang material, oleh seseorang selain orang atau agensi yang diberi kuasa yang sah untuk membuat atau mengeluarkan dokumen perjalanan atau pengenalan diri bagi pihak sesebuah negara;
(b) telah dikeluarkan atau telah diperoleh melalui salah nyataan, rasuah atau dures atau dalam apa-apa cara lain yang menyalahi undang-undang; atau
(c) sedang digunakan dengan salah oleh seseorang selain pemegang yang sah;
“eksploitasi” termasuklah segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undangundang atau pemindahan organ manusia;
“kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Sesyen;
“Majlis” ertinya *Majlis bagi Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
*CATATAN—Segala sebutan mengenai Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dan Majlis Antipemerdagangan Orang dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, masing-masing ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran. —lihat seksyen 26 Akta Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 [Akta A1385] mula berkuat kuasa pada 15 November 2010–lihat P.U. (B) 500/2010.
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;
“migran yang diseludup” ertinya seseorang yang menjadi objek perbuatan penyeludupan migran, tidak kira sama ada orang itu turut serta dalam perbuatan penyeludupan migran itu;
“negara penerima” ertinya suatu negara yang ke dalamnya orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup dibawa sebagai sebahagian daripada perbuatan pemerdagangan orang atau penyeludupan migran, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“negara transit” ertinya suatu negara yang darinya, atau yang ke dalam atau melaluinya, orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup, mengikut mana-mana yang berkenaan, dibawa atau membuat perjalanan melalui darat, laut atau udara atau tinggal secara sementara di dalamnya sebagai sebahagian daripada perbuatan pemerdagangan orang atau penyeludupan migran;
“orang yang diperdagangkan” ertinya mana-mana orang yang menjadi mangsa atau objek perbuatan pemerdagangan orang;
“paksaan” ertinya—
(a) ancaman kecederaan berat kepada atau sekatan fizikal terhadap mana-mana orang;
(b) apa-apa skim, rancangan, atau corak yang diniatkan untuk menyebabkan seseorang untuk mempercayai bahawa kegagalan untuk menjalankan sesuatu perbuatan akan mengakibatkan kecederaan berat kepada atau sekatan fizikal terhadap mana-mana orang; atau
(c) penyalahgunaan atau ancaman penyalahgunaan proses undang-undang;
“pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 [Akta 633];
“Pegawai Tenaga Kerja” ertinya Pegawai Tenaga Kerja yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kerja 1955 [Akta 265] atau seksyen 3 Ordinan Buruh Sabah [Sabah Bab 67] atau seksyen 3 Ordinan Buruh Sarawak [Sarawak Bab 76];
“pegawai imigresen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155];
“Pegawai kastam” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967 [Akta 235];
“Pegawai Kebajikan Masyarakat” ertinya mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat di kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan dan termasuklah mana-mana Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat;
“Pegawai Pelindung” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 43;
“pegawai penguat kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang dinyatakan dalam seksyen 27;
“pegawai perubatan” ertinya pengamal perubatan berdaftar dalam perkhidmatan Kerajaan dan termasuklah seseorang pengamal perubatan berdaftar di mana-mana hospital pelatih perubatan sesuatu Universiti;
“pemastautin tetap” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91];
“pemerdagangan orang” ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud Akta ini;
“pengangkut” ertinya mana-mana kenderaan, vesel, kapal, kapal udara, atau apa-apa cara pengangkutan lain sama ada melalui udara, laut atau darat;
“penyeludupan migran” ertinya—
(a) mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah; dan
(b) merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut dalam perenggan (a);
“Perintah Perlindungan” ertinya suatu perintah yang dibuat oleh Majistret bagi jagaan dan perlindungan orang yang diperdagangkan di bawah perenggan 51(3)(a);
“premis” ertinya rumah, bangunan, kilang, tanah, tenemen, isemen mana-mana pemegangan, sama ada terbuka atau tertutup, sama ada dibina di dalamnya atau tidak, sama ada awam atau persendirian, dan sama ada disenggarakan atau tidak di bawah pihak berkuasa berkanun, dan termasuklah mana-mana kontena.
Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).