My bookmarksSign up free
← Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007

Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 23

Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 23

s 23 Obligation of owner, operator or master of conveyance

(1) Any person being the owner, operator or master of any conveyance, that engages in the transportation of goods or people for commercial gain shall ensure that every person travelling on board is in possession of travel documents for lawful entry of that person into the receiving country or transit country. (2) Any owner, operator or master of any conveyance mentioned in subsection (1) who— (a) knowingly permits or has reasonable grounds to believe that such conveyance is used for purposes of bringing a person into a receiving country or transit country without travel documents required for the lawful entry of that person into the receiving country or transit country; or (b) knowingly permits or has reasonable grounds to believe that such conveyance is being used for purposes of committing any offence of trafficking in persons, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both. (3) In any proceedings for an offence under this section, it shall be a defence for such owner, operator or master to prove that— (a) he has reasonable grounds to believe that the travel documents of the person travelling on board are travel documents required for lawful entry of that person into the receiving country or transit country; (b) the person travelling on board possessed travel documents required for lawful entry into the receiving country or transit country when that person boarded, or last boarded, the conveyance to travel to the receiving country or transit country; or (c) the entry of the person into the receiving country or transit country occurred only because of illness or injury to that person, stress of weather or any other circumstances beyond the control of such owner, operator or master. (4) Any person convicted of an offence under this section shall be liable to pay the costs of the trafficked person’s detention in, and removal from, the receiving country or transit country. (5) Where there is no prosecution or conviction under this section, the owner, operator or master of the conveyance used shall be jointly and severally liable for all expenses incurred by the Government in respect of the detention and maintenance of the trafficked person and his removal from Malaysia and such expenses shall be recoverable as a debt due to the Government.

Malay text (authoritative)

Obligasi pemunya, operator atau nakhoda pengangkut

(1) Mana-mana orang yang merupakan pemunya, operator atau nakhoda mana-mana pengangkut, yang mengambil bahagian dalam pengangkutan barang atau orang bagi keuntungan komersil hendaklah memastikan bahawa setiap orang yang menaiki pengangkut memiliki dokumen perjalanan bagi kemasukan sah orang itu ke dalam negara penerima atau negara transit. (2) Mana-mana pemunya, operator atau nakhoda mana-mana pengangkut yang disebut dalam subseksyen (1) yang— (a) dengan diketahuinya membenarkan atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu digunakan bagi maksud membawa seseorang ke dalam negara penerima atau negara transit tanpa dokumen perjalanan yang dikehendaki bagi kemasukan sah orang itu ke dalam negara penerima atau negara transit itu; atau (b) dengan diketahuinya membenarkan atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu digunakan bagi maksud melakukan apa-apa kesalahan pemerdagangan orang, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (3) Dalam mana-mana prosiding bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, adalah menjadi suatu pembelaan bagi pemunya, operator atau nakhoda itu untuk membuktikan bahawa— (a) dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dokumen perjalanan orang yang menaiki pengangkut adalah dokumen perjalanan yang dikehendaki bagi kemasukan sah orang itu ke dalam negara penerima atau negara transit; (b) orang yang menaiki pengangkut memiliki dokumen perjalanan yang dikehendaki bagi kemasukan sah ke negara penerima atau negara transit apabila orang itu menaiki, atau terakhir menaiki, pengangkut itu untuk perjalanan ke negara penerima atau negara transit; atau (c) kemasukan orang itu ke dalam negara penerima atau negara transit berlaku semata-mata oleh sebab penyakit atau kecederaan pada orang itu, tekanan cuaca atau apa-apa keadaan lain yang di luar kawalan pemunya, operator atau nakhoda. (4) Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh dikehendaki membayar kos penahanan orang yang diperdagangkan di, dan pemindahan orang yang diperdagangkan dari, negara penerima atau negara transit. (5) Jika tiada pendakwaan atau sabitan di bawah seksyen ini, pemunya, operator atau nakhoda pengangkut yang digunakan hendaklah bertanggunggan secara bersesama dan berasingan untuk segala perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan berkenaan dengan penahanan dan penyenggaraan orang yang diperdagangkan dan pemindahannya dari Malaysia dan perbelanjaan sedemikan hendaklah didapatkan semula sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 670 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next