Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 26
Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 26
s 26 Protection of informers
(1) Except as provided in this section, no complaint as to an offence under this Act shall be admitted in evidence in any civil or criminal proceedings whatsoever, and no witness shall be obliged or permitted to disclose the name or address of any informer, or state any matter which might lead to his discovery.
(2) If any book, document or paper which is in evidence or liable to inspection in any civil or criminal proceedings whatsoever contains any entry in which any informer is named or described or which might lead to his discovery, the court before which the proceedings is had shall cause all such entries to be concealed from view or to be obliterated so far as is necessary to protect the informer from discovery.
(3) If in a trial for any offence under this Act, the Court, after full enquiry into the case, is of the opinion that the informer willfully made in his complaint a material statement which he knew or believe to be false or did not believe to be true, or if
in any other proceedings the court is of the opinion that justice cannot be fully done between the parties without the discovery of the informer, the Court may require the production of the original complaint, if in writing, and permit enquiry and require full disclosure concerning the informer.
(4) Any person who gives the information referred to in this section, knowing that the information is false, commits an offence.
Malay text (authoritative)
Perlindungan pemberi maklumat
(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada aduan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima menjadi keterangan dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah, dan tiada saksi boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk menzahirkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat, atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui.
(2) Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya
mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah yang ke hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan semua catatan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadam setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
(3) Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, Mahkamah, selepas siasatan penuh tentang kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui siapa pemberi maklumat itu, Mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.
(4) Mana-mana orang yang memberikan apa-apa maklumat yang disebut dalam seksyen ini, sedangkan dia tahu bahawa maklumat itu adalah palsu, melakukan suatu kesalahan.
Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).