My bookmarksSign up free
← Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007

Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 36

Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 36

s 36 Forfeiture of conveyance, moveable property, etc.

(1) All conveyance, moveable property, book, record, report or document, or any human organ seized in the exercise of any power conferred under this Act are liable to forfeiture. (2) The Court trying any person accused of an offence under this Act may at the conclusion of the trial, whether he is convicted or not, order that the conveyance, moveable property, book, record, report or document or any human organ seized from that person be forfeited. (3) Where there is no prosecution with regard to any offence under this Act— (a) in the case of human organ seized, it shall be deemed to be forfeited; and (b) in the case of the conveyance, moveable property, book, record, report or document seized, the enforcement officer shall serve a notice in writing to the last known address of the person from whom the conveyance, moveable property, book, record, report or document was seized. (4) The notice in paragraph (3)(b) shall specify that there is no prosecution in respect of such conveyance, moveable property, book, record, report or document and that such conveyance, moveable property, book, record, report or document will be forfeited at the expiration of one calendar month from the date of service of the notice unless a claim is made by the person from whom the conveyance, moveable property, book, record, report or document was seized. (5) Upon receipt of the notice issued under paragraph (3)(b), any person asserting that he is the owner of any conveyance, moveable property, book, record, report or document seized under this Act which is not liable to forfeiture may, personally or by his agent authorized in writing by him, give written notice to the enforcement officer in whose possession the conveyance, moveable property, book, record, report or document is held. (6) Upon receipt of a notice under subsection (5), the enforcement officer who made the seizure shall refer the matter to the Court for its determination. (7) The Court to which the matter is referred shall issue a summons requiring the person asserting that he is the owner of the conveyance, moveable property, book, record, report or document and the person from whom it was seized to appear before the Court, and upon their appearance or default to appear, due service of the summons being proved, the Court shall proceed to the examination of the matter, and on proof that such conveyance, moveable property, book, record, report or document was the subject matter of or was used in the commission of an offence under this Act, shall order the conveyance, moveable property, book, record, report or document to be forfeited or may, in the absence of such proof, order the release of such conveyance, moveable property, book, record, report or document to the person entitled to it. (8) Any conveyance, moveable property, book, record, report or document or any human organ forfeited or deemed to be forfeited shall be disposed of in any manner as the enforcement officer deems fit.

Malay text (authoritative)

Pelucuthakan pengangkut, harta alih, dsb.

(1) Semua pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen, atau mana-mana organ manusia yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan. (2) Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dituduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh pada akhir perbicaraan itu, sama ada dia disabitkan atau tidak, memerintahkan supaya pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen atau mana-mana organ manusia yang disita daripada orang itu dilucuthakkan. (3) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini— (a) dalam hal organ manusia yang disita, organ manusia yang disita itu hendaklah disifatkan dilucuthakkan; dan (b) dalam hal pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen yang disita, pegawai penguat kuasa hendaklah menyampaikan suatu notis secara bertulis ke alamat terakhir yang diketahui orang yang daripadanya pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu disita. (4) Notis di bawah perenggan (3)(b) hendaklah menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu dan bahawa pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu akan dilucuthakkan apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis melainkan jika suatu tuntutan dibuat oleh orang yang daripadanya pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu disita. (5) Apabila notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (3) (b) diterima, mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya mana-mana pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen yang disita di bawah Akta ini yang tidak boleh dilucuthakkan boleh, secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya, memberikan notis bertulis kepada pengawai penguat kuasa yang dalam milikannya pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu dipegang. (6) Apabila suatu notis di bawah subseksyen (5) diterima, pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan hendaklah merujuk perkara itu kepada Mahkamah bagi penentuannya. (7) Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujuk hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen dan orang yang daripadanya ia disita hadir ke hadapan Mahkamah itu, dan apabila mereka hadir atau ingkar untuk hadir, dan penyampaian saman dengan sewajarnya telah dibuktikan, Mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu, dan apabila terbukti bahawa pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah memerintahkan supaya pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu dilucuthakkan atau boleh, semasa ketiadaan bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu kepada orang yang berhak kepadanya. (8) Mana-mana pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen atau mana-mana organ manusia yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah dilupuskan mengikut apaapa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh pegawai penguat kuasa.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 670 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next