My bookmarksSign up free
← Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007

Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 52

Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 52

s 52 Recording of evidence of trafficked person

(1) At any time during the period of the Protection Order made under subparagraph 51(3)(a)(ii), where a criminal prosecution has been instituted against any person for an offence under this Act, the Public Prosecutor may make an oral application for the production of the trafficked person before a Sessions Court before which the criminal prosecution has been instituted for the purpose of recording that trafficked person’s evidence on oath. (2) The Sessions Court Judge may, upon such application, issue a summons or order directed to the person in charge of the place of refuge where such trafficked person is placed, requiring him to produce the trafficked person at the time and place specified in the summons or order. (3) The Sessions Court Judge shall record the evidence of the trafficked person and complete such recording within seven days from the date of the production of that trafficked person before him. (4) In the course of the recording of evidence of the trafficked person, he shall be examined in accordance with the provisions of the Evidence Act 1950. (5) The Sessions Court Judge shall cause the evidence taken by him to be reduced into writing and, at the end of that writing, shall sign the same. (6) Notwithstanding anything contained in this Act or any other written laws to the contrary, the evidence recorded under this section shall be admissible in evidence in any proceedings under this Act and the weight to be attached to such evidence shall be the same as that of a witness who appears and gives evidence in the course of a proceeding.

Malay text (authoritative)

Perakaman keterangan orang yang diperdagangkan

(1) Pada bila-bila masa semasa tempoh Perintah Perlindungan dibuat di bawah subperenggan 51(3)(a)(ii), jika pendakwaan jenayah telah dimulakan terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, Pendakwa Raya boleh membuat permohonan lisan bagi pengemukaan orang yang diperdagangkan itu ke hadapan Mahkamah Sesyen yang pendakwaan jenayah telah dimulakan bagi maksud merakamkan keterangan bersumpah orang yang diperdagangkan itu. (2) Hakim Mahkamah Sesyen boleh, atas permohonan itu, mengeluarkan saman atau perintah yang ditujukan kepada orang yang bertanggungjawab ke atas tempat perlindungan di mana orang yang diperdagangkan itu ditempatkan, menghendakinya untuk mengemukakan orang yang diperdagangkan itu pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman atau perintah itu. (3) Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah merakamkan keterangan orang yang diperdagangkan itu dan menyelesaikan perakaman itu dalam masa tujuh hari dari tarikh pengemukaan orang yang diperdagangkan itu ke hadapannya. (4) Semasa perakaman keterangan orang yang diperdagangkan itu, dia hendaklah diperiksa mengikut peruntukan Akta Keterangan 1950. (5) Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah menyebabkan keterangan yang diambil dijadikan dalam bentuk bertulis dan, pada akhir tulisan itu, hendaklah menandatangani keterangan itu. (6) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, keterangan yang dirakam di bawah seksyen ini hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini dan berat yang diletakkan pada keterangan itu hendaklah sama sebagaimana seorang saksi yang hadir dan memberi keterangan dalam suatu prosiding.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 670 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next