Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 59
s 59 Evidence of agent provocateur admissible
(1) Notwithstanding any law or rule of law to the contrary, in any proceedings against any person for an offence under this Act, no agent provocateur shall be presumed to be unworthy of credit by reason only of his having attempted to commit or to abet, or having abetted or having been engaged in a criminal conspiracy to commit, such offence if the main purpose of such attempt, abetment or engagement was to secure evidence against such person.
(2) Notwithstanding any law or rule of law to the contrary, a conviction for any offence under this Act solely on the uncorroborated evidence of any agent provocateur shall not be illegal and no such conviction shall be set aside merely because the court which tried the case has failed to refer in the grounds of its judgment to the need to warn itself against the danger of convicting on such evidence.
Malay text (authoritative)
Keterangan agent provocateur boleh diterima
(1) Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, tiada agent provocateur boleh dianggap tidak boleh dipercayai semata-mata kerana dia telah cuba melakukan atau bersubahat, atau telah bersubahat atau terlibat dalam konspirasi jenayah untuk melakukan, kesalahan itu jika tujuan utama percubaan, persubahatan atau penglibatan itu ialah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu.
(2) Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, suatu sabitan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang berasaskan semata-mata pada keterangan tanpa sokongan mana-mana agent provocateur tidaklah menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu telah gagal untuk menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan supaya mengingatkan dirinya tentang bahaya membuat sabitan berdasarkan pada keterangan sedemikian.
Read this section in the full act → · Open Part VI →
Find Act 670 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).