Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 61
Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 61
s 61 Admissibility of translation of documents
(1) Where any document which is to be used in any proceeding against any person for an offence under this Act is in a language other than the national language or English language, a translation of such document into the national language or English language shall be admissible in evidence where the translation is accompanied by a certificate of the person who translated the document setting out that it is an accurate, faithful and true translation and the translation had been done by such person at the instance of any enforcement officer.
(2) Subsection (1) shall apply to a document which is translated, regardless of whether the document was made in or outside Malaysia, or whether the translation was done in or outside Malaysia, or whether possession of such document was obtained by any enforcement officer in or outside Malaysia.
Malay text (authoritative)
Kebolehterimaan terjemahan dokumen
(1) Jika apa-apa dokumen yang hendak digunakan dalam manamana prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, terjemahan dokumen itu ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris hendaklah diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertakan dengan perakuan orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu ialah terjemahan yang tepat, benar dan betul dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak mana-mana pegawai penguat kuasa.
(2) Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi sesuatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh mana-mana pegawai penguat kuasa di dalam atau di luar Malaysia.
Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).