Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 63
s 63 General and enhanced penalties
(1) Any person who commits an offence under this Act for which no penalty is expressly provided shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
(2) Where an offence under this Act is committed by a body corporate, the body corporate shall, on conviction—
(a) where a fine is specified under the relevant section, be liable to a fine of not less than three times the maximum fine specified; and
(b) where no fine is specified—
(i) in relation to sections 15a and 26c, shall be liable to a minimum fine of five million ringgit; and
(ii) in any other case, shall be liable to a minimum fine of one million ringgit.
(3) Where, after having been convicted of any offence under this Act, a person subsequently commits another offence under this Act, he shall, on conviction, for that subsequent offence, be punished with an enhanced penalty which shall not be less than the penalty that had been imposed on him for the earlier offence.
(4) Where an offence under this Act has been committed by a person who has been proved to the court to have acted jointly with one or more persons in the commission of the offence, the person shall, on conviction, be punished with an enhanced penalty which shall be a more severe penalty than that which would have been imposed on him if he had acted individually.
Malay text (authoritative)
Penalti am dan penalti lebih berat
(1) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(2) Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, pertubuhan perbadanan itu boleh, apabila disabitkan—
(a) jika suatu denda ditentukan di bawah seksyen yang berkenaan, dikenakan denda yang tidak kurang daripada tiga kali denda maksimum yang ditentukan; dan
(b) jika tiada denda ditentukan—
(i) berhubung dengan seksyen 15a dan 26c, dikenakan denda minimum sebanyak lima juta ringgit; dan
(ii) dalam apa-apa hal lain, dikenakan denda minimum sebanyak satu juta ringgit.
(3) Jika, selepas disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, seseorang itu kemudiannya melakukan suatu lagi kesalahan di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila disabitkan, bagi kesalahan yang kemudiannya, dihukum dengan penalti yang lebih berat yang hendaklah tidak kurang daripada penalti yang telah dikenakan ke atasnya untuk kesalahan yang terdahulu.
(4) Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh seseorang yang telah dibuktikan di mahkamah bahawa dia telah bertindak bersesama dengan seorang atau lebih daripada seorang lain semasa melakukan kesalahan itu, orang itu hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan penalti yang lebih berat yang hendaklah merupakan suatu penalti yang lebih keras daripada penalti yang boleh dikenakan ke atasnya jika dia bertindak seorang diri.
Read this section in the full act → · Open Part VI →
Find Act 670 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).