Capital Markets and Services Act 2007 s 101
s 101 Trading limits in futures contracts
(1) The Commission or a futures exchange with the approval of the Commission may, by notice in writing from time to time, specify such limits as it considers necessary on the amount of trading which may be done or positions which may be assumed by any person under a futures contracts on a futures exchange or subject to the rules of the futures exchange.
(2) In determining whether a person has exceeded the limits referred to in subsection (1), the positions assumed and trading done by any persons directly or indirectly controlled by such a person shall be included with the positions assumed and trading done by that person.
(3) The limits referred to in subsection (1) upon positions and trading shall apply to positions assumed, and trading done, by two or more persons acting pursuant to an express or implied
agreement or understanding as if the positions were assumed, or the trading done, by a single person.
(4) A person shall not directly or indirectlyβ
(a) trade or agree to trade in futures contracts on, or subject to the rules of, a futures exchange in excess of the trading limits specified for a period set out by the Commission or the futures exchange under this section; or
(b) assume a long position or a short position under a futures contract of any class on, or subject to the rules of, a futures exchange in excess of any position limit specified by the Commission or the futures exchange under this section with respect to that futures contract.
(5) This section shall not preclude the Commission or a futures exchange from specifying different trading or position limits for different types or classes of futures contracts or different limits for the same type or class of futures contracts traded for different purposes, different delivery months or different days remaining until the last day of trading in a futures contract for the purpose of subsection (4).
Malay text (authoritative)
Had dagangan dalam kontrak niaga hadapan
(1) Suruhanjaya atau suatu bursa niaga hadapan dengan kelulusan Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis dari semasa ke semasa, menentukan apa-apa had yang difikirkannya perlu bagi amaun dagangan yang boleh dilakukan atau kedudukan yang boleh diambil oleh mana-mana orang di bawah suatu kontrak niaga hadapan di bursa niaga hadapan atau tertakluk kepada kaedah-kaedah bursa niaga hadapan itu.
(2) Dalam menentukan sama ada seseorang telah melebihi had yang disebut dalam subseksyen (1), kedudukan yang diambil dan dagangan yang dilakukan oleh mana-mana orang secara langsung atau tidak langsung yang dikawal oleh orang itu hendaklah dimasukkan ke dalam kedudukan yang diambil dan perdagangan yang dilakukan oleh orang itu.
(3) Had yang disebut dalam subseksyen (1) bagi kedudukan dan dagangan hendaklah terpakai bagi kedudukan yang diambil, dan dagangan yang dilakukan, oleh dua atau lebih orang yang bertindak menurut suatu perjanjian atau persefahaman yang nyata atau tersirat seolah-olah kedudukan itu diambil, atau dagangan itu dilakukan, oleh seorang orang tunggal.
(4) Seseorang tidak boleh secara langsung atau tidak langsungβ
(a) berdagang atau bersetuju untuk berdagang dalam kontrak niaga hadapan di, atau tertakluk kepada kaedah-kaedah bagi, sesuatu bursa niaga hadapan dengan melebihi had dagangan yang ditentukan selama tempoh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya atau bursa niaga hadapan itu di bawah seksyen ini; atau
(b) mengambil kedudukan panjang atau kedudukan pendek di bawah suatu kontrak niaga hadapan bagi mana-mana kelas di, atau tertakluk kepada kaedah-kaedah bagi, sesuatu bursa niaga hadapan dengan melebihi apa-apa had kedudukan yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau bursa niaga hadapan itu di bawah seksyen ini berkenaan dengan kontrak niaga hadapan itu.
(5) Seksyen ini tidaklah menghalang Suruhanjaya atau bursa niaga hadapan daripada menentukan had dagangan atau kedudukan yang berlainan bagi jenis atau kelas kontrak niaga hadapan yang berlainan atau had yang berlainan bagi jenis atau kelas kontrak niaga hadapan yang sama yang didagangkan bagi maksud yang berlainan, bulan penyerahan yang berlainan atau hari berlainan yang tinggal sehingga hari terakhir dagangan dalam sesuatu kontrak niaga hadapan bagi maksud subseksyen (4).
Read this section in the full act β Β· Open Division 3 β
Find Act 671 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).