My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 117

Capital Markets and Services Act 2007 s 117

s 117 Interpretation

(1) For the purposes of this Subdivision, unless the context otherwise requires— “a holder of a Capital Markets Services Licence” means a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contract; “client”, in relation to a holder of a Capital Markets Services Licence, means a person on behalf of whom the holder trades or from whom the holder accepts instructions to trade in futures contracts; “client’s assets” include monies or other property received or retained by, or deposited with, a holder of a Capital Markets Services Licence in the course of its business for which the holder is liable to account to its client, and any monies or other property accruing therefrom; “credit facility” means a document evidencing the right of a person to obtain a loan or other facility from another person and, without prejudice to the generality of the foregoing, includes a letter of credit and a bank guarantee; “property” includes credit facilities; “relevant credit balance”, in relation to a client of a holder of a Capital Markets Services Licence, means the total of— (a) the amounts deposited in respect of the client in a client’s segregated account, of the holder, less so much of those amounts as has been withdrawn from the account; and (b) the value of property other than monies that— (i) have, in respect of the client, been deposited by the holder in safe custody under section 118 and have not been withdrawn from safe custody; and (ii) under the terms and conditions on which they were deposited with, or received by, the holder, are available to meet, or to provide security in connection with the meeting of, relevant liabilities of the client; “relevant liabilities”, in relation to a client of a holder of a Capital Markets Services Licence, means debts and liabilities of the client arising out of trading in futures contracts effected by the holder on behalf of the client; “settling”, in relation to a trading in a futures contract, includes making delivery, or taking delivery, of an instrument to which the futures contract relates. (2) For the purposes of the definition of “relevant credit balance” in subsection (1), the value of an item of property at a particular time is— (a) if the item is a credit facility, the amount of monies that the person entitled to the right evidenced by the credit facility can, at that time or within a reasonable period after that time, obtain because of that right; or (b) if it is otherwise than a credit facility, the market value of the property as at the end of the last business day before that time.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Bagi maksud Subpenggal ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “aset klien” termasuklah wang atau harta lain yang diterima atau dipegang simpan oleh, atau didepositkan dengan, pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dalam perjalanan urusannya yang baginya pemegang itu bertanggungan untuk menjelaskan kepada kliennya, dan mana-mana wang atau harta lain yang terakru daripadanya; “harta” termasuklah kemudahan kredit; “imbangan kredit yang berkaitan”, berhubung dengan klien pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, ertinya jumlah— (a) amaun yang didepositkan berkenaan dengan klien itu ke dalam akaun terasing klien, bagi pemegang itu, ditolak sejumlah amaun yang telah dikeluarkan daripada akaun itu; dan (b) nilai harta selain wang yang— (i) berkenaan dengan klien itu, telah didepositkan oleh pemegang itu ke dalam jagaan selamat di bawah seksyen 118 dan tidak dikeluarkan daripada jagaan selamat; dan (ii) di bawah terma dan syarat yang mengenainya ia didepositkan dengan, atau diterima oleh, pemegang itu, adalah mencukupi untuk menjelaskan, atau untuk memberi sekuriti berkaitan dengan penjelasan, tanggungan yang berkaitan klien itu; “kemudahan kredit” ertinya dokumen yang membuktikan hak seseorang untuk memperoleh pinjaman atau kemudahan lain daripada seorang lain dan, tanpa menjejaskan keluasan makna yang terdahulu, termasuklah surat kredit dan jaminan bank; “klien”, berhubung dengan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, ertinya seseorang yang bagi pihaknya pemegang itu berdagang atau yang daripadanya pemegang itu menerima arahan untuk berdagang dalam kontrak niaga hadapan; “menyelesaikan”, berhubung dengan perdagangan dalam kontrak niaga hadapan, termasuklah membuat penghantarserahan, atau menerima penghantarserahan, sesuatu instrumen yang kepadanya kontrak niaga hadapan itu berkaitan; “pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal” ertinya pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan; “tanggungan yang berkaitan”, berhubung dengan klien pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, ertinya hutang dan tanggungan klien yang berbangkit daripada perdagangan dalam kontrak niaga hadapan yang dilaksanakan oleh pemegang itu bagi pihak klien. (2) Bagi maksud takrif “imbangan kredit yang berkaitan” dalam subseksyen (1), nilai butiran harta pada sesuatu masa yang tertentu ialah— (a) jika butiran itu ialah kemudahan kredit, amaun wang yang seseorang itu berhak kepada hak yang dibuktikan oleh kemudahan kredit itu boleh, pada masa itu atau dalam masa sesuatu tempoh yang munasabah selepas masa itu, memperoleh disebabkan oleh hak itu; atau (b) jika ia selain suatu kemudahan kredit, nilai pasaran harta itu pada penghujung hari urusan terakhir sebelum masa itu.

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next