My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 119

Capital Markets and Services Act 2007 s 119

s 119 Monies in segregated account not available for payment of debt, etc.

(1) Notwithstanding anything contained in the Companies Act 1965, but subject to subsections (2) and (3)— (a) monies deposited by a holder of a Capital Markets Services Licence under section 118 in a client’s segregated account of the holder; (b) property in which monies deposited by a holder of a Capital Markets Services Licence as mentioned in paragraph (a) has been invested under paragraph 118(3)(d); and (c) property deposited by a holder of a Capital Markets Services Licence in safe custody under subsection 118(1), shall not be available for the payment of a debt or liability of such holder or liable to be attached or taken in execution under the order or process of a court at the instance of a person suing in respect of such a debt or liability. (2) Nothing in subsection (1) affects the right of a client of a holder of a Capital Markets Services Licence to recover monies or property to which the client is entitled. (3) Subsection (1) does not apply in relation to monies that a holder of a Capital Markets Services Licence is entitled to withdraw monies from a client’s segregated account of the holder for the purpose of making a payment to the holder or otherwise under subsection 118(3). (4) If a holder of a Capital Markets Services Licence invests monies under paragraph 118(3)(d) by depositing it with a person for the person to invest, neither that monies nor any property in which the person invests any of that monies, is available for the payment of a debt or liability of the person or is liable to be attached or taken in execution under the order or process of a court at the instance of a person suing in respect of such a debt or liability. (5) Without prejudice to the rights of a holder of a Capital Markets Services Licence under any other written law, subsection (4) may only be invoked by the holder or any person claiming on behalf of or in the name of the holder for the purpose of settling any liabilities due to an approved clearing house, in respect of futures contracts effected by the holder for the clients to whom any monies or property referred to in subsection (4) relates. (6) Nothing in section 118 and this section shall affect a claim or lien that a holder of a Capital Markets Services Licence has, in relation to a business of trading in futures contracts carried on by it, under an agreement, any law within or outside Malaysia, against or on— (a) monies deposited by the holder under section 118 in a client’s segregated account of the holder; (b) property in which monies so deposited has been invested under paragraph 118(3)(d); or (c) property deposited by the holder in safe custody under subsection 118(1). (7) A person who contravenes this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both. Subdivision 4 — Treatment of client’s assets in respect of fund management

Malay text (authoritative)

Wang dalam akaun terasing tidak boleh digunakan untuk pembayaran hutang, dsb.

(1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta Syarikat 1965, tetapi tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3)— (a) wang yang didepositkan oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah seksyen 118 ke dalam akaun terasing klien pemegang itu; (b) harta yang ke dalamnya wang didepositkan oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang disebut dalam perenggan (a) telah dilaburkan di bawah perenggan 118(3)(d); dan (c) harta yang didepositkan oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal ke dalam jagaan selamat di bawah subseksyen 118(1), tidak boleh digunakan bagi pembayaran hutang atau tanggungan pemegang itu atau boleh kena ditahan atau diambil pada pelaksanaan di bawah perintah atau proses mahkamah atas permintaan orang yang membawa guaman berkenaan dengan hutang atau tanggungan sedemikian. (2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menyentuh hak klien pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk mendapatkan kembali wang atau harta yang klien itu mempunyai hak. (3) Subseksyen (1) tidaklah terpakai berhubung dengan wang yang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal berhak untuk mengeluarkan wang daripada akaun terasing klien pemegang itu bagi maksud membuat pembayaran kepada pemegang itu atau selainnya di bawah subseksyen 118(3). (4) Jika pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal melaburkan wang di bawah perenggan 118(3)(d) dengan mendepositkannya dengan seseorang bagi dilaburkan, apa-apa wang itu atau pun apaapa harta yang dalamnya orang itu melaburkan mana-mana wang itu, tidak boleh digunakan bagi pembayaran hutang atau tanggungan orang itu atau kena ditahan atau diambil pada pelaksanaan di bawah perintah atau proses mahkamah atas permintaan orang yang membawa guaman berkenaan dengan hutang atau tanggungan sedemikian. (5) Tanpa menjejaskan hak pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, subseksyen (4) hanya boleh digunakan oleh pemegang itu atau mana-mana orang yang menuntut bagi pihak atau atas nama pemegang itu bagi maksud menyelesaikan apa-apa tanggungan yang kena dibayar kepada pusat penjelasan diluluskan, berkenaan dengan kontrak niaga hadapan yang dilaksanakan oleh pemegang itu bagi klien yang kepadanya apa-apa wang atau harta yang disebut dalam subseksyen (4) dimaksudkan. (6) Tiada apa-apa jua dalam seksyen 118 dan seksyen ini boleh menyentuh tuntutan atau lien yang dipunyai oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, berhubung dengan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan yang dijalankan olehnya, di bawah suatu perjanjian, mana-mana undang-undang di dalam atau di luar Malaysia, terhadap atau ke atas— (a) wang yang didepositkan oleh pemegang itu di bawah seksyen 118 ke dalam akaun terasing klien pemegang itu; (b) harta yang dalamnya wang didepositkan sedemikian telah dilaburkan di bawah perenggan 118(3)(d); atau (c) harta yang didepositkan oleh pemegang itu ke dalam jagaan selamat di bawah subseksyen 118(1). (7) Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Subpenggal 4 — Perlakuan terhadap aset klien berkenaan dengan pengurusan kumpulan wang

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next