My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 131

Capital Markets and Services Act 2007 s 131

s 131 Power of Commission to appoint independent auditor, etc., upon application

(1) Upon receipt of an application in writing from a person who alleges that a relevant person has failed to account to him in respect of any monies or assets held or received by that relevant person for or on his behalf, the Commission may appoint in writing an independent auditor or such other person as the Commission may decide to examine, audit and report either generally or in relation to any particular matter upon the books, accounts and records of, and assets held by that relevant person. (2) Every application under subsection (1) shall state— (a) particulars of the circumstances under which the relevant person received the monies or assets in respect of which he is alleged to have failed to account; (b) particulars of those monies or assets and of the transactions of the applicant and the relevant person relating thereto; and (c) such other particulars as the Commission may require. (3) Every statement in any such application shall be verified by a statutory declaration made by the applicant and shall, if made bona fide and without malice, be privileged. (4) The Commission shall not appoint an independent auditor or such other person under subsection (1) unless the Commission is satisfied— (a) that the applicant has good reason for making the application; and (b) that it is expedient in the interests of the relevant person or the applicant or the general public that the books, accounts and records of, and assets held by the relevant person should be examined, audited and reported upon.

Malay text (authoritative)

Kuasa Suruhanjaya melantik juruaudit bebas, dsb., atas permohonan

(1) Apabila permohonan secara bertulis diterima daripada seseorang yang mengatakan bahawa orang yang berkaitan itu telah tidak mengakaunkan kepadanya berkenaan dengan apa-apa wang atau aset yang dipegang atau diterima oleh orang yang berkaitan itu untuk atau bagi pihaknya, Suruhanjaya boleh melantik secara bertulis seorang juruaudit bebas atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diputuskan oleh Suruhanjaya untuk memeriksa, mengaudit dan melapor sama ada secara am atau berhubung dengan apa-apa perkara tertentu mengenai buku, akaun dan rekod, dan aset yang dipegang oleh orang yang berkaitan itu. (2) Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan— (a) butir-butir mengenai hal keadaan yang dalamnya orang yang berkaitan itu telah menerima wang atau aset yang berkenaan dengannya dia dikatakan telah tidak mengakaunkan; (b) butir-butir mengenai wang atau aset itu dan mengenai transaksi pemohon dan orang yang berkaitan yang berhubungan dengannya; dan (c) apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya. (3) Tiap-tiap pernyataan dalam mana-mana permohonan itu hendaklah ditentusahkan oleh suatu akuan berkanun yang dibuat oleh pemohon itu dan hendaklah, jika dibuat secara bona fide dan tanpa niat jahat, dilindungi. (4) Suruhanjaya tidak boleh melantik juruaudit bebas atau orang lain di bawah subseksyen (1) melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati— (a) bahawa pemohon itu mempunyai sebab yang baik bagi membuat permohonan itu; dan (b) bahawa adalah suai manfaat demi kepentingan orang yang berkaitan itu atau pemohon itu atau masyarakat umum bahawa buku, akaun dan rekod, dan aset yang dipegang oleh orang yang berkaitan itu patut diperiksa, diaudit dan dilaporkan.

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next