The compensation fund of a relevant stock exchange shall consist of the following:
(a) monies paid to the credit of the compensation fund by the relevant stock exchange on the establishment of the compensation fund;
(b) monies paid to the relevant stock exchange by participating organizations under this Division;
(c) the interest and profits from time to time accruing from the investment of the compensation fund;
(d) monies paid into the compensation fund by the relevant stock exchange under subsection 146(1);
(e) monies recovered by or on behalf of the relevant stock exchange in the exercise of a right of action conferred by this Division;
(f) monies paid by an insurer under a contract of insurance or indemnity entered into by the relevant stock exchange under section 156; and
(g) all other monies lawfully paid into the compensation fund.
Malay text (authoritative)
Wang yang menjadi tabung pampasan
Tabung pampasan sesuatu bursa saham berkaitan hendaklah terdiri daripada yang berikut:
(a) wang yang dibayar ke dalam kredit tabung pampasan itu oleh bursa saham yang berkaitan semasa penubuhan tabung pampasan itu;
(b) wang yang dibayar kepada bursa saham yang berkaitan oleh organisasi peserta di bawah Penggal ini;
(c) bunga dan keuntungan dari semasa ke semasa yang terakru daripada pelaburan tabung pampasan itu;
(d) wang yang dibayar ke dalam tabung pampasan itu oleh bursa saham yang berkaitan di bawah subseksyen 146(1);
(e) wang yang didapatkan kembali oleh atau bagi pihak bursa saham yang berkaitan dalam menjalankan suatu hak tindakan yang diberikan oleh Penggal ini;
(f) wang yang dibayar oleh seseorang penanggung insurans di bawah suatu kontrak insurans atau tanggung rugi yang dibuat oleh bursa saham yang berkaitan di bawah seksyen 156; dan
(g) segala wang lain yang dibayar dengan sah ke dalam tabung pampasan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).