My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 154

Capital Markets and Services Act 2007 s 154

s 154 Subrogation of relevant stock exchange to rights and remedies of claimant upon payment from compensation fund

If a relevant stock exchange makes a payment out of its compensation fund in respect of a claim from compensation under this Division— (a) the relevant stock exchange is subrogated to the extent of the payment to all the rights and remedies of the claimant in respect of the loss suffered by the claimant; and (b) the claimant shall not have any claim or right under any bankruptcy or legal proceeding or otherwise— (i) to receive in respect of the loss any sum out of the assets of the participating organization concerned; or (ii) if the loss was caused by an act or omission of a director, officer, representative or employee of a participating organization to receive in respect of the loss any sum, until the relevant stock exchange has been reimbursed the full amount of the payment made by it out of the compensation fund, including any interest paid.

Malay text (authoritative)

Pensubrogasian bursa saham yang berkaitan mengenai hak dan remedi pihak menuntut apabila pembayaran dibuat daripada tabung pampasan

Jika sesuatu bursa saham yang berkaitan membuat sesuatu pembayaran daripada tabung pampasannya berkenaan dengan suatu tuntutan daripada pampasan di bawah Penggal ini— (a) bursa saham yang berkaitan itu adalah disubrogasi setakat pembayaran mengenai semua hak dan remedi pihak menuntut itu berkenaan dengan kerugian yang ditanggung oleh pihak menuntut itu; dan (b) pihak menuntut itu tidak boleh membuat apa-apa tuntutan atau mempunyai hak di bawah apa-apa prosiding kebankrapan atau undang-undang atau selainnya— (i) untuk menerima berkenaan dengan kerugian itu apa-apa jumlah wang daripada aset organisasi peserta berkenaan; atau (ii) jika kerugian itu disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan seseorang pengarah, pegawai, wakil atau pekerja sesuatu organisasi peserta untuk menerima berkenaan dengan kerugian itu apa-apa jumlah wang, sehingga bursa saham yang berkaitan itu telah dibayar ganti amaun penuh pembayaran yang dibuat olehnya daripada tabung pampasan itu, termasuk apa-apa bunga yang dibayar.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next