My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 156

Capital Markets and Services Act 2007 s 156

s 156 Power of relevant stock exchange to enter into contract of insurance

(1) A relevant stock exchange may enter into a contract with a registered insurance business within Malaysia under which the relevant stock exchange will be insured or indemnified, to the extent and in the manner provided by the contract, against liability in respect of claims under this Division or any regulations made under this Act. (2) A contract under subsection (1) may be entered into in relation to participating organizations generally, or in relation to a particular participating organization named in the contract, or in relation to participating organizations generally with the exclusion of particular participating organizations named in the contract. (3) An action shall not lie against a relevant stock exchange or against any member or employee or against any committee or subcommittee of a board of a relevant stock exchange, as the case may be, for injury alleged to have been suffered by any participating organization by reason of the publication in good faith of a statement that any contract entered into under this section does or does not apply with respect to the participating organization.

Malay text (authoritative)

Kuasa bursa saham yang berkaitan untuk membuat kontrak insurans

(1) Sesuatu bursa saham yang berkaitan boleh membuat sesuatu kontrak dengan sesuatu perniagaan insurans berdaftar di dalam Malaysia yang di bawahnya bursa saham yang berkaitan itu akan diinsuranskan atau ditanggung rugi, setakat dan mengikut cara yang diperuntukkan oleh kontrak itu, terhadap tanggungan berkenaan dengan tuntutan di bawah Penggal ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (2) Sesuatu kontrak di bawah subseksyen (1) boleh dibuat berhubung dengan organisasi peserta pada amnya, atau berhubung dengan sesuatu organisasi peserta tertentu yang dinamakan dalam kontrak itu, atau berhubung dengan organisasi peserta pada amnya dengan mengecualikan organisasi peserta tertentu yang dinamakan dalam kontrak itu. (3) Sesuatu tindakan tidak boleh diambil terhadap bursa saham yang berkaitan atau terhadap mana-mana anggota atau pekerja atau terhadap mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil suatu lembaga bursa saham yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi bencana yang dikatakan telah dialami oleh mana-mana organisasi peserta atas sebab penerbitan yang dibuat dengan suci hati tentang pernyataan bahawa mana-mana kontrak yang dibuat di bawah seksyen ini terpakai atau tidak terpakai mengenai organisasi peserta.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next