The fidelity fund of a relevant futures exchange shall consist of the following:
(a) monies paid to the credit of the fund by the relevant futures exchange on the establishment of the fund;
(b) monies paid to the relevant futures exchange under this Division by holders of a Capital Markets Services Licence who carry on the business of trading in futures contracts;
(c) the interest and profits from time to time accruing from the investment of the fidelity fund;
(d) monies paid into the fidelity fund by the relevant futures exchange;
(e) monies recovered by or on behalf of the relevant futures exchange in the exercise of a right of action conferred by this Division;
(f) monies paid by an insurer under a contract of insurance or indemnity entered into by the relevant futures exchange under section 171; and
(g) all other monies lawfully paid into the fidelity fund.
Malay text (authoritative)
Wang yang menjadi tabung kesetiaan
Tabung kesetiaan sesuatu bursa niaga hadapan yang berkaitan hendaklah terdiri daripada yang berikut:
(a) wang yang dibayar ke dalam kredit tabung itu oleh bursa niaga hadapan yang berkaitan semasa penubuhan tabung itu;
(b) wang yang dibayar kepada bursa niaga hadapan yang berkaitan di bawah Penggal ini oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan;
(c) bunga dan keuntungan dari semasa ke semasa yang terakru daripada pelaburan tabung kesetiaan itu;
(d) wang yang dibayar ke dalam tabung kesetiaan oleh bursa niaga hadapan yang berkaitan itu;
(e) wang yang didapatkan oleh atau bagi pihak bursa niaga hadapan yang berkaitan itu dalam menjalankan suatu hak tindakan yang diberikan oleh Penggal ini;
(f) wang yang dibayar oleh seseorang penanggung insurans di bawah suatu kontrak insurans atau tanggung rugi yang dibuat oleh bursa niaga hadapan yang berkaitan itu di bawah seksyen 171; dan
(g) segala wang lain yang dibayar dengan sah ke dalam tabung kesetiaan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).