(1) A holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts shall, upon being licensed under this Act, pay to the relevant futures exchange the amount of thirty thousand ringgit as a contribution to the fidelity fund and shall thereafter on or before the thirty-first of December in each of the five years following the year in which he is licensed pay to the relevant futures exchange the amount of ten thousand ringgit as a contribution to the fidelity fund.
(2) All contributions made under this section shall not be refundable.
(3) Notwithstanding anything in this section, the relevant futures exchange may, from time to time with the approval of the Commission, vary the amount and the manner of the contribution to the fidelity fund by holders of a Capital Markets Services Licence who carry on the business of trading in futures contracts.
Malay text (authoritative)
Caruman kepada tabung kesetiaan
(1) Seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan hendaklah, apabila dilesenkan di bawah Akta ini, membayar kepada bursa niaga hadapan yang berkaitan itu amaun sebanyak tiga puluh ribu ringgit sebagai caruman kepada tabung kesetiaan dan hendaklah selepas itu pada atau sebelum tiga puluh satu hari bulan Disember dalam setiap tahun selama lima tahun yang mengikuti tahun dia dilesenkan, membayar kepada bursa niaga hadapan yang berkaitan amaun sebanyak sepuluh ribu ringgit sebagai caruman kepada tabung kesetiaan.
(2) Segala caruman yang dibuat di bawah seksyen ini tidak boleh dibayar balik.
(3) Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini, bursa niaga hadapan yang berkaitan boleh, dari semasa ke semasa dengan kelulusan Suruhanjaya, mengubah amaun dan cara caruman kepada tabung kesetiaan oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).