My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 169

Capital Markets and Services Act 2007 s 169

s 169 Subrogation of relevant futures exchange to rights and remedies of claimant upon payment from fidelity fund

If a relevant futures exchange makes a payment out of its fidelity fund in respect of a claim for compensation under this Division— (a) the relevant futures exchange is subrogated to the extent of the payment to all the rights and remedies of the claimant in respect of the loss suffered by the claimant; and (b) the claimant shall not have any claim or right under any bankruptcy or legal proceeding or otherwise— (i) to receive in respect of the loss any sum out of the assets of the holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts; or (ii) if the loss was caused by an act or omission of a director, officer, employee or representative of a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts, to receive in respect of the loss any sum, until the relevant futures exchange has been reimbursed the full amount of the payment made by it out of the fidelity fund, including any interest paid.

Malay text (authoritative)

Pensubrogasian bursa niaga hadapan yang berkaitan mengenai hak dan remedi pihak menuntut apabila pembayaran dibuat daripada tabung kesetiaan

Jika sesuatu bursa niaga hadapan yang berkaitan membuat sesuatu pembayaran daripada tabung kesetiaannya berkenaan dengan suatu tuntutan pampasan di bawah Penggal ini— (a) bursa niaga hadapan yang berkaitan itu disubrogasi setakat pembayaran mengenai semua hak dan remedi pihak menuntut berkenaan dengan kerugian yang ditanggung oleh pihak menuntut itu; dan (b) pihak menuntut itu tidak boleh membuat apa-apa tuntutan atau mempunyai apa-apa hak di bawah apa-apa prosiding kebankrapan atau undang-undang atau selainnya— (i) untuk menerima berkenaan dengan kerugian itu apaapa jumlah wang daripada aset pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan itu; atau (ii) jika kerugian itu disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan seseorang pengarah, pegawai, pekerja atau wakil seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan, untuk menerima berkenaan dengan kerugian itu apa-apa jumlah wang, sehingga bursa niaga hadapan yang berkaitan itu telah dibayar ganti amaun penuh pembayaran yang dibuat olehnya daripada tabung kesetiaan itu, termasuk apa-apa bunga yang dibayar.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next