s 171 Power of relevant futures exchange to enter into contract of insurance
(1) A relevant futures exchange may enter into a contract with a registered insurance business within Malaysia under which the relevant futures exchange will be insured or indemnified, to the extent and in the manner provided by the contract, against liability in respect of claims under this Division or any regulations made under this Act.
(2) Such a contract may be entered into in relation to affiliates of the relevant futures exchange generally, or in relation to a particular affiliate named in the contract, or in relation to affiliates generally with the exclusion of particular affiliates named in the contract.
(3) An action shall not lie against a relevant futures exchange or against any member or employee or against any committee or subcommittee of a board of a relevant futures exchange, as the case may be, for injury alleged to have been suffered by any affiliate by reason of the publication in good faith of a statement that any contract entered into under this section does or does not apply with respect to the affiliate.
Malay text (authoritative)
Kuasa bursa niaga hadapan yang berkaitan membuat kontrak insurans
(1) Sesuatu bursa niaga hadapan yang berkaitan boleh membuat suatu kontrak dengan sesuatu perniagaan insurans berdaftar di dalam Malaysia yang di bawahnya bursa niaga hadapan yang berkaitan itu diinsuranskan atau ditanggung rugi, setakat dan mengikut cara yang diperuntukkan oleh kontrak itu, terhadap tanggungan berkenaan dengan tuntutan di bawah Penggal ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2) Kontrak sedemikian boleh dibuat berhubung dengan gabungan bursa niaga hadapan yang berkaitan itu pada amnya,
atau berhubung dengan gabungan tertentu yang dinamakan dalam kontrak itu, atau berhubung dengan gabungan pada amnya dengan mengecualikan gabungan tertentu yang dinamakan dalam kontrak itu.
(3) Suatu tindakan tidak boleh diambil terhadap sesuatu bursa niaga hadapan yang berkaitan atau terhadap mana-mana anggota atau pekerja atau terhadap mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil suatu lembaga bursa niaga hadapan yang berkaitan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi bencana yang dikatakan telah dialami oleh mana-mana gabungan atas sebab penyiaran yang dibuat dengan suci hati tentang sesuatu pernyataan bahawa mana-mana kontrak yang dibuat di bawah seksyen ini terpakai atau tidak terpakai mengenai gabungan itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).