My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 175

Capital Markets and Services Act 2007 s 175

s 175 False trading and market rigging transaction

(1) Subject to section 180, no person shall create, or cause to be created, or do anything that is calculated to create, a false or misleading appearance of active trading in any securities on a stock market within Malaysia or a false or misleading appearance with respect to the market for, or the price of, any such securities. (2) A person shall not, by means of purchases or sales of any securities that do not involve a change in the beneficial ownership of those securities, or by any fictitious transaction or device, maintain, inflate, depress, or cause fluctuations in, the market price of any securities. (3) Without affecting the generality of subsection (1), a person who— (a) effects, takes part in, is concerned in or carries out, either directly or indirectly, any transaction of sale or purchase of any securities, being a transaction that does not involve any change in the beneficial ownership of the securities; (b) makes or causes to be made an offer to sell any securities at a specified price where he has made or caused to be made or proposes to make or to cause to be made, or knows that a person associated with him has made or caused to be made or proposes to make or to cause to be made, an offer to purchase the same number, or substantially the same number, of securities at a price that is substantially the same as the first-mentioned price; or (c) makes or causes to be made an offer to purchase any securities at a specified price where he has made or caused to be made or proposes to make or to cause to be made, or knows that a person associated with him has made or caused to be made or proposes to make or to cause to be made, an offer to sell the same number, or substantially the same number, of securities at a price that is substantially the same as the first-mentioned price, shall be deemed to have created a false or misleading appearance of active trading in securities on a stock market. (4) In a prosecution of a person for an act referred to in subsection (3), it is a defence if the defendant establishes that— (a) the purpose for which he did the act was not, or did not include, the purpose of creating a false or misleading appearance; and (b) he did not act recklessly, whether or not he created a false or misleading appearance, of active trading in securities on a stock market. (5) A purchase or sale of securities does not involve a change in the beneficial ownership for the purposes of this section if a person who had an interest in the securities before the purchase or sale, or a person associated with the first-mentioned person in relation to those securities, has an interest in the securities after the purchase or sale. (6) In a prosecution for an offence against subsection (2) in relation to a purchase or sale of securities that did not involve a change in the beneficial ownership of those securities, it is a defence if the defendant establishes that the purpose or purposes for which he purchased or sold the securities was not, or did not include, the purpose of creating a false or misleading appearance with respect to the market for, or the price of, securities. (7) The reference in paragraph (3)(a) to a transaction of sale or purchase of securities includes— (a) a reference to the making of an offer to sell or purchase securities; and (b) a reference to the making of an invitation, however expressed, that expressly or impliedly invites a person to offer to sell or purchase securities.

Malay text (authoritative)

Tr a n s a k s i p e r d a g a n g a n p a l s u d a n p e n i p u a n d a l a m pasaran

(1) Tertakluk kepada seksyen 180, tiada seorang pun boleh mewujudkan, atau menyebabkan diwujudkan, atau melakukan apa-apa jua yang dikira boleh mewujudkan, gambaran yang palsu atau mengelirukan sebagai memperdagangkan dengan aktif dalam apa-apa sekuriti di pasaran saham di dalam Malaysia atau gambaran yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan pasaran itu bagi, atau mengenai harga, mana-mana sekuriti itu. (2) Seseorang tidak boleh, dengan cara pembelian atau penjualan apa-apa sekuriti yang tidak melibatkan pertukaran keempunyaan benefisial sekuriti itu, atau melalui apa-apa transaksi atau peranti rekaan, mengekalkan, meninggikan, melesetkan, atau menyebabkan naik-turunnya, harga pasaran apa-apa sekuriti. (3) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), seseorang yang— (a) melaksanakan, mengambil bahagian dalam, ada kaitan dengan atau menjalankan, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, apa-apa transaksi penjualan atau pembelian apa-apa sekuriti, yang merupakan transaksi yang tidak melibatkan apa-apa pertukaran dalam keempunyaan benefisial sekuriti itu; (b) membuat atau menyebabkan dibuat suatu tawaran untuk menjual apa-apa sekuriti pada harga tertentu yang dia telah membuat atau menyebabkan dibuat atau bercadang untuk membuat atau menyebabkan dibuat, atau mengetahui bahawa seseorang yang bersekutu dengannya telah membuat atau menyebabkan dibuat atau bercadang untuk membuat atau menyebabkan dibuat, suatu tawaran untuk membeli sekuriti yang sama bilangannya, atau sebahagian besarnya sama bilangannya, pada harga yang sebahagian besarnya sama dengan harga yang mula-mula disebut; atau (c) membuat atau menyebabkan dibuat suatu tawaran untuk membeli apa-apa sekuriti pada harga tertentu yang dia telah membuat atau menyebabkan dibuat atau bercadang untuk membuat atau menyebabkan dibuat, atau mengetahui bahawa seseorang yang bersekutu dengannya telah membuat atau menyebabkan dibuat atau bercadang untuk membuat atau menyebabkan dibuat, tawaran untuk menjual sekuriti yang sama bilangannya, atau sebahagian besarnya sama bilangannya, pada harga yang sebahagian besarnya sama dengan harga yang mula-mula disebut, hendaklah disifatkan telah mewujudkan gambaran yang palsu atau mengelirukan sebagai memperdagangkan dengan aktif sekuriti dalam pasaran saham. (4) Dalam suatu pendakwaan terhadap seseorang bagi perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3), adalah menjadi suatu pembelaan jika defendan membuktikan bahawa— (a) maksud yang baginya dia melakukan perbuatan itu bukanlah, atau tidak termasuk, maksud mewujudkan gambaran yang palsu atau mengelirukan; dan (b) dia tidak bertindak secara melulu, sama ada atau tidak dia mewujudkan gambaran yang palsu atau mengelirukan, sebagai memperdagangkan sekuriti dengan aktif di pasaran saham. (5) Pembelian atau penjualan sekuriti tidak melibatkan pertukaran dalam keempunyaan benefisial bagi maksud seksyen ini jika seseorang yang mempunyai kepentingan dalam sekuriti itu sebelum pembelian atau penjualan itu, atau seseorang yang bersekutu dengan orang yang mula-mula disebut berhubung dengan sekuriti itu, mempunyai kepentingan dalam sekuriti itu selepas pembelian atau penjualan itu. (6) Dalam suatu pendakwaan bagi kesalahan terhadap subseksyen (2) berhubung dengan pembelian atau penjualan sekuriti yang tidak melibatkan pertukaran dalam keempunyaan benefisial sekuriti itu, adalah menjadi pembelaan jika defendan membuktikan bahawa maksud dia membeli atau menjual sekuriti itu bukanlah, atau tidak termasuk, maksud mewujudkan gambaran yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan pasaran bagi, atau harga, sekuriti. (7) Sebutan dalam perenggan (3)(a) mengenai suatu transaksi penjualan atau pembelian sekuriti termasuklah— (a) sebutan mengenai pembuatan suatu tawaran untuk menjual atau membeli sekuriti; dan (b) sebutan mengenai pembuatan suatu pelawaan, walau bagaimanapun dinyatakan, yang dengan nyata atau secara tersirat, mempelawa seseorang untuk menawarkan bagi penjualan atau pembelian sekuriti.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next