Capital Markets and Services Act 2007 s 191
s 191 Secrecy agreements by partnerships
(1) For the purposes of this Subdivision, a partner of a partnership is deemed to possess any information—
(a) which another partner possesses and which came into the other partner’s possession in his capacity as a partner of the partnership;
(b) which an employee of the partnership possesses and which came into the employee’s possession in the course of his duties; or
(c) if a partner or an employee of a partnership knows or ought reasonably to know any matter or thing because the partner or employee is a partner or an employee as such, it is presumed that every partner and employee of the partnership know or ought reasonably to know that matter or thing.
(2) In this section, “information” refers to information which a partnership is deemed to possess and where a partner or an employee of the partnership in possession of that information is an insider.
(3) A p a r tn e r o f a p ar tn er s h ip d o es n o t co n tr av en e subsection 188(2) by entering into the transaction or agreement referred to in that subsection at any time merely because one or more (but not all) partners, or an employee or employees of the partnership, were in actual possession of information at the time if—
(a) the decision to enter into the transaction or agreement was taken on behalf of the partnership by any one or more of the following persons:
(i) a partner who is taken to possess the information merely because another partner, or an employee of the partnership, was in possession of the information; or
(ii) an employee of the partnership who was not in possession of the information;
(b) the partnership had in operation at that time agreements that could reasonably be expected to ensure that—
(i) the information was not communicated to a partner or an employee or one of the partners or employees who was or were involved in, or made the decision with respect to the entering into the transaction or agreement in question;
(ii) no advice with respect to the decision to enter into the transaction or agreement was given to that partner or employee by a partner or an employee in possession of the information; and
(iii) the partner or employee in possession of the information would not be involved in the decision to enter into, or be involved in, the transaction or agreement; and
(c) the information was not communicated, no advice was given and the partner or employee in possession of the information was not involved in the decision to enter into, or be involved in, the transaction or agreement.
(4) A p a r t n e r o f a p a r t n e r s h i p d o e s n o t c o n t r a v e n e subsection 188(2) by entering into the transaction or agreement referred to in that subsection otherwise than on behalf of the partnership merely because the partner is deemed to possess information that is in the possession of another partner or employee of the partnership.
Malay text (authoritative)
Perjanjian kerahsiaan oleh perkongsian
(1) Bagi maksud Subpenggal ini, pekongsi sesuatu perkongsian disifatkan memiliki apa-apa maklumat—
(a) yang dimiliki oleh seorang pekongsi lain dan yang sampai ke pengetahuan pekongsi yang satu lagi itu atas sifatnya sebagai seorang pekongsi perkongsian itu;
(b) yang dimiliki oleh seorang pekerja perkongsian itu dan yang sampai ke pengetahuan pekerja itu dalam penjalanan tugasnya; atau
(c) jika seorang pekongsi atau pekerja perkongsian itu mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui apa-apa perkara atau benda disebabkan pekongsi atau pekerja itu ialah seorang pekongsi atau pekerja yang sedemikian, adalah dianggapkan bahawa tiap-tiap pekongsi dan pekerja perkongsian itu mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui tentang perkara atau benda itu.
(2) Dalam seksyen ini, “maklumat” merujuk kepada maklumat yang disifatkan dimiliki oleh sesuatu perkongsian dan jika seseorang pekongsi atau pekerja perkongsian itu memiliki maklumat itu ialah seorang orang dalam.
(3) Seseorang pekongsi sesuatu perkongsian tidak melanggar subseksyen 188(2) dengan membuat transaksi atau perjanjian yang disebut dalam subseksyen itu pada bila-bila masa sematamata disebabkan oleh seorang atau lebih pekongsi (tetapi bukan semuanya), atau seorang pekerja perkongsian itu, dengan sebenarnya memiliki maklumat pada masa itu jika—
(a) keputusan untuk membuat transaksi atau perjanjian itu dibuat bagi pihak perkongsian itu oleh mana-mana satu orang atau lebih daripada orang yang berikut:
(i) seseorang pekongsi yang dianggap memiliki maklumat itu semata-mata disebabkan oleh seorang pekongsi lain, atau seorang pekerja perkongsian itu, memiliki maklumat itu; atau
(ii) seorang pekerja perkongsian itu yang tidak memiliki maklumat itu;
(b) perkongsian itu mempunyai perjanjian yang sedang berkuat kuasa pada masa itu yang semunasabahnya boleh dijangkakan untuk memastikan bahawa—
(i) maklumat itu tidak disampaikan kepada seorang pekongsi atau pekerja atau salah seorang daripada pekongsi atau pekerja yang terlibat dalam, atau membuat keputusan mengenai pembuatan transaksi atau perjanjian yang berkenaan;
(ii) tiada nasihat mengenai keputusan untuk membuat transaksi atau perjanjian itu telah diberikan kepada pekongsi atau pekerja itu oleh seseorang pekongsi atau pekerja yang memiliki maklumat itu; dan
(iii) pekongsi atau pekerja yang memiliki maklumat itu tidak akan terlibat dalam keputusan untuk membuat, atau terlibat dalam, transaksi atau perjanjian itu; dan
(c) maklumat itu tidak disampaikan, tiada nasihat diberikan dan pekongsi atau pekerja yang memiliki maklumat itu tidak terlibat dalam keputusan untuk membuat, atau terlibat dalam, transaksi atau perjanjian itu.
(4) Pekongsi sesuatu perkongsian tidak melanggar subseksyen 188(2) dengan membuat transaksi atau perjanjian yang disebut dalam subseksyen itu selain bagi pihak perkongsian itu sematamata disebabkan oleh pekongsi itu disifatkan memiliki maklumat yang dimiliki oleh pekongsi atau pekerja lain perkongsian itu.
Read this section in the full act → · Open Division 1 →
Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).