My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 198

Capital Markets and Services Act 2007 s 198

s 198 Parity of information defence

(1) A person does not contravene subsection 188(2) if— (a) the securities that are the subject of the transaction or agreement or the action of procuring a transaction or an agreement are not securities which are permitted on the stock market of a stock exchange; (b) the court is satisfied that the other party to the transaction or agreement knew, or ought reasonably to have known, of the information before entering into the transaction or agreement; and (c) that person acquires or disposes of such securities on such terms and in such circumstances that— (i) he does not obtain any gain or avoid any loss, including an unrealised gain or unrealised avoidance of loss in price or value, of the securities, as the case may be, for himself or any other person by reason of the effect that the information is likely to have when it becomes generally available; and (ii) the purpose of the acquisition or disposal of the securities does not include any purpose of securing a gain or avoiding a loss, as the case may be, for himself or any other person by reason of the effect that the information is likely to have when it becomes generally available. (2) In a prosecution for an offence under subsection 188(3) where the person communicated information or caused information to be communicated to another person, it shall be a defence— (a) if the court is satisfied that the information came into the possession of the person so communicating the information solely as a result of it being made known in a manner likely to make it generally available pursuant to section 184; or (b) if the court is satisfied that the other party knew of, or ought reasonably to have known, the information before the information was communicated. Subdivision 3 – Civil remedies

Malay text (authoritative)

Pembelaan persamaan maklumat

(1) Seseorang tidak melanggar subseksyen 188(2) jika— (a) sekuriti yang merupakan subjek transaksi atau perjanjian itu atau tindakan untuk mengusahakan suatu transaksi atau perjanjian bukannya sekuriti yang dibenarkan di pasaran saham sesuatu bursa saham; (b) mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang satu lagi dalam transaksi atau perjanjian itu mengetahui, atau semunasabahnya patut mengetahui, tentang maklumat itu sebelum membuat transaksi atau perjanjian itu; dan (c) orang itu memperoleh atau melupuskan sekuriti itu atas apa-apa terma dan dalam hal keadaan bahawa— (i) dia tidak mendapat apa-apa keuntungan atau mengelakkan apa-apa kerugian, termasuk suatu keuntungan yang tidak disedari atau pengelakan kehilangan yang tidak disedari dalam harga atau nilai sekuriti itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk dirinya sendiri atau mana-mana orang lain disebabkan oleh kesan yang mungkin terjadi akibat maklumat itu apabila maklumat itu boleh didapati secara umum; dan (ii) maksud pemerolehan atau pelupusan sekuriti tidak termasuk apa-apa maksud mendapatkan keuntungan atau mengelakkan kerugian, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi dirinya sendiri atau mana-mana orang lain disebabkan oleh kesan yang mungkin terjadi akibat maklumat itu apabila maklumat itu boleh didapati secara umum. (2) Dalam pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 188(3) jika orang yang menyampaikan maklumat atau menyebabkan maklumat disampaikan kepada seorang yang lain, adalah menjadi suatu pembelaan— (a) jika mahkamah berpuas hati bahawa maklumat itu sampai ke pengetahuan orang yang menyampaikan maklumat itu semata-mata akibat maklumat itu diberitahu mengikut cara yang berkemungkinan menjadikan maklumat itu boleh didapati secara umum menurut seksyen 184; atau (b) jika mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang satu lagi mengetahui, atau semunasabahnya patut mengetahui, maklumat itu sebelum maklumat itu disampaikan. Subpenggal 3 — Remedi sivil

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next