My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 215

Capital Markets and Services Act 2007 s 215

s 215 Application monies to be paid into a trust account where no prospectus is required

(1) Any monies received from applicants or such other persons who have provided consideration for shares pursuant to an issue, offer for subscription or purchase, or an invitation to subscribe for or purchase, shares in relation to a proposal that has been approved by the Commission under subsection 212(4) and for which no prospectus is required shall be paid into a trust account established and kept in a licensed institution for such applicants or other persons until— (a) such shares have been issued or transferred to such applicants or other persons who has provided consideration for such shares; or (b) permission for the shares offered to be listed for quotation on the official list of a stock exchange or other similar exchange outside Malaysia has been granted, whichever is the later. (2) Where such shares have not been issued or transferred to the persons referred to in subsection (1) or where the permission referred to in subsection (1) has not been granted, whichever is the later, the issuer shall forthwith repay without interest all monies referred to in subsection (1) and if any such monies are not repaid within fourteen days after the issuer becomes liable to repay it, in addition to the liability of the issuer, the officers of the issuer shall be jointly and severally liable to repay such monies with interest at the rate of ten per centum per annum or at such other rate as may be specified by the Commission from the expiration of that period. (3) Monies paid into a trust account under this section shall not be available for payment of the debts of the issuer, or be liable to be paid or taken in execution under an order or process of any court. (4) Any condition imposed by an issuer requiring or binding an applicant for any shares to waive compliance with this section or purporting to do so shall be void. (5) The Commission may specify such categories of shares that shall not be subject to this section. (6) A person who contravenes this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.

Malay text (authoritative)

Wang permohonan hendaklah dibayar ke dalam akaun amanah jika prospektus tidak dikehendaki

(1) Apa-apa wang yang diterima daripada pemohon atau mana-mana orang lain yang menyediakan balasan untuk syer menurut suatu terbitan, penawaran untuk langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau pembelian, syer berhubung dengan suatu cadangan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 212(4) dan yang baginya prospektus tidak dikehendaki hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun amanah yang diwujudkan dan disimpan dalam suatu institusi berlesen bagi pemohon itu atau mana-mana orang lain sehingga— (a) syer itu telah diterbitkan atau dipindahkan kepada pemohon itu atau mana-mana orang lain yang telah menyediakan balasan untuk syer itu; atau (b) kebenaran supaya syer yang ditawarkan untuk disenaraikan bagi disebut harga dalam senarai rasmi suatu bursa saham atau mana-mana bursa seumpamanya di luar Malaysia, telah pun diberikan, mengikut mana-mana yang terkemudian. (2) Jika apa-apa syer tidak diterbitkan atau dipindahkan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1) atau jika kebenaran yang disebut dalam subseksyen (1) tidak diberikan, mana-mana yang terkemudian, penerbit hendaklah dengan segera, membayar balik tanpa bunga semua wang yang disebut dalam subseksyen (1) dan jika wang tersebut tidak dibayar balik dalam masa empat belas hari selepas penerbit menjadi bertanggungan untuk membayar balik, sebagai tambahan kepada tanggungan penerbit, pegawai penerbit hendaklah secara bersesama dan berasingan menjadi bertanggungan untuk membayar balik wang itu dengan bunga pada kadar sepuluh peratus setahun atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya dari habis tempoh itu. (3) Wang yang dibayar ke dalam akaun amanah di bawah seksyen ini tidak boleh digunakan untuk bayaran hutang penerbit, atau bertanggungan untuk dibayar atau diambil untuk pelaksanaan di bawah suatu perintah atau proses mana-mana mahkamah. (4) Apa-apa syarat yang dikenakan oleh seseorang penerbit yang menghendaki atau mengikat seseorang pemohon bagi apa-apa syer untuk mengetepikan pematuhan seksyen ini atau berupa sebagai berbuat sedemikian adalah tidak sah. (5) Suruhanjaya boleh menentukan apa-apa kategori syer yang tidak tertakluk kepada seksyen ini. (6) Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Penggal 2 Pengambilalihan, percantuman dan pengambilan paksa

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next