s 216 Interpretation
(1) In this Division, unless the context otherwise requires—
“acquirer” means—
(a) a person who acquires or proposes to acquire control in a company whether the acquisition is effected by the person or by an agent; or
(b) two or more persons who, acting in concert with one another, acquire or propose to acquire control in a company, whether the acquisition is effected by the persons or by an agent;
“Code” means the Malaysian Code on Take-Overs and Mergers made in accordance with section 217;
“company”, in relation to a company being taken over, means a public company whether or not it is listed on any stock exchange and any other entity as may be prescribed in the Code;
“control”, means the acquisition or holding of, or entitlement to exercise or control the exercise of, voting shares or voting rights of thirty per centum or more, or such other amount as may be prescribed in the Code in a company;
“dissenting shareholder” includes any shareholder who has not accepted a take-over offer and any shareholder who has failed or refused to transfer shares to an acquirer in accordance with a take-over offer;
“expert” includes engineer, valuer, accountant and any other person whose profession gives authority to a statement made by him;
“offeree” means a company whose voting shares or voting rights are subject to a take-over offer;
“offeror” means a person who makes or proposes to make a take-over offer;
“officer”, in relation to a corporation, includes—
(a) a director, secretary, executive officer or employee of the corporation;
(b) a receiver and manager, appointed under a power contained in any instrument, of any part of the undertaking or property of the corporation;
(c) a liquidator of the corporation appointed in a voluntary winding up of the corporation,
but does not include a receiver who is not also a manager, a receiver and manager appointed by a court and a liquidator appointed by a court;
“private company” and “public company” have the meanings assigned to them in subsection 4(1) of the Companies Act 1965;
“related”, in relation to a corporation, means related within the meaning of section 6 of the Companies Act 1965;
“share” means a share in a company or a unit in an entity that is prescribed in the Code;
“shareholder” means a shareholder in a company or a unit holder in an entity that is prescribed in the Code;
“take-over offer”, in relation to a company, means an offer made to acquire all or part of the voting shares or voting rights, or any class or classes of voting shares or voting rights, in the company;
“voting shares”, in relation to a company, has the meaning assigned to it in subsection 4(1) of the Companies Act 1965.
(2) For the purposes of this Division, a reference to “persons acting in concert” shall be construed as a reference to persons who, pursuant to an agreement, arrangement or understanding, co-operate to—
(a) acquire jointly or severally voting shares of a company for the purpose of obtaining control of that company; or
(b) act jointly or severally for the purpose of exercising control over a company.
(3) Without prejudice to the generality of subsection (2), the following persons shall be presumed to be persons acting in concert unless the contrary is established:
(a) a corporation and its related and associate corporations;
(b) a corporation and any of its directors, or the parent, child, brother or sister of any of its directors, or the spouse of any such director or any such relative, or any related trusts;
(c) a corporation and any pension fund established by it;
(d) a person and any investment company, unit trust or other fund whose investments such person manages on a discretionary basis;
(e) a financial adviser and its client which is a corporation, where the financial adviser manages on a discretionary basis the corporation’s funds and has ten per centum or more of the voting shares in that corporation;
(f) a person who owns or controls twenty per centum or more of the voting shares of a corporation falling within paragraph (a) and any parent, child, brother or sister of such person, or the spouse of such person or any such relative, or any related trusts together with one or more persons falling within paragraph (a); and
(g) such other category of persons as may be prescribed in the Code.
(4) For the purposes of subsection (2), an agreement, arrangement or understanding means an agreement, arrangement or understanding whether formal or informal, whether written or oral, whether express or implied or whether or not having legal or equitable force.
(5) For the purposes of paragraph (3)(a), an associated corporation means a corporation in respect of which not less than twenty per centum of the voting shares of that corporation are held by another corporation, the first-mentioned corporation thereby being an associate corporation of the other corporation.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
(1) Dalam Penggal ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“berhubung dengan”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya berhubung mengikut erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 6 Akta Syarikat 1965;
“kawalan” ertinya pengambilan atau pemegangan, atau hak untuk menggunakan atau mengawal penggunaan, syer mengundi atau hak mengundi sebanyak tiga puluh peratus atau lebih, atau apa-apa amaun lain sebagaimana yang ditetapkan dalam Kod dalam sesuatu syarikat;
“Kod” ertinya Kod Malaysia mengenai Pengambilalihan dan Percantuman yang dibuat mengikut seksyen 217;
“pakar” termasuklah jurutera, penilai, akauntan dan mana-mana orang lain yang profesionnya memberi kewibawaan kepada sesuatu pernyataan yang dibuat olehnya;
“pegawai”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, termasuklah—
(a) pengarah, setiausaha, pegawai eksekutif atau pekerja perbadanan itu;
(b) penerima dan pengurus, yang dilantik di bawah kuasa yang terkandung dalam apa-apa surat cara, bagi mana-mana bahagian pengusahaan atau harta perbadanan itu;
(c) pelikuidasi perbadanan itu yang dilantik dalam penggulungan sukarela perbadanan itu,
tetapi tidak termasuk seorang penerima yang bukannya seorang pengurus, penerima dan pengurus yang dilantik oleh mahkamah dan seorang pelikuidasi yang dilantik oleh mahkamah;
“pembuat tawaran” ertinya seseorang yang membuat atau mencadangkan untuk membuat suatu tawaran pengambilalihan;
“pemegang syer” ertinya pemegang syer dalam syarikat atau pemegang unit dalam sesuatu entiti yang ditetapkan dalam Kod;
“pemegang syer menentang” termasuklah mana-mana pemegang syer yang belum menerima tawaran pengambilalihan dan mana-mana pemegang syer yang telah gagal atau enggan membuat pemindahan syer kepada seorang pengambil mengikut tawaran pengambilalihan;
“penerima tawaran” ertinya suatu syarikat yang syer mengundi atau hak mengundinya adalah tertakluk kepada suatu tawaran pengambilalihan;
“pengambil” ertinya—
(a) seseorang yang mengambil atau bercadang mengambil kawalan dalam sesuatu syarikat sama ada pengambilan itu dilaksanakan oleh orang itu atau oleh seorang ejen; atau
(b) dua orang atau lebih yang, bertindak bersama-sama antara satu sama lain, mengambil atau bercadang mengambil kawalan dalam sesuatu syarikat, sama ada pengambilan itu dilaksanakan oleh orang itu atau oleh seorang ejen;
“syarikat”, berhubung dengan sesuatu syarikat yang diambil alih, ertinya sesuatu syarikat awam sama ada atau tidak ia disenaraikan di mana-mana bursa saham dan mana-mana entiti lain sebagaimana yang ditetapkan dalam Kod;
“syarikat persendirian” dan “syarikat awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;
“syer” ertinya syer sesuatu syarikat atau suatu unit dalam sesuatu entiti yang ditetapkan dalam Kod;
“syer mengundi”, berhubung dengan sesuatu syarikat, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;
“tawaran pengambilalihan”, berhubung dengan sesuatu syarikat, ertinya suatu tawaran yang dibuat untuk mengambil semua atau sebahagian syer mengundi atau hak mengundi, atau mana-mana kelas syer mengundi atau hak-hak mengundi, dalam syarikat itu.
(2) Bagi maksud Penggal ini, sebutan mengenai “orang yang bertindak bersama-sama” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai orang yang, menurut suatu perjanjian, perkiraan atau persefahaman, bekerjasama untuk—
(a) memperoleh secara bersesama atau berasingan syer mengundi sesuatu syarikat bagi maksud mendapatkan kawalan syarikat itu; atau
(b) bertindak secara bersesama atau berasingan bagi maksud menjalankan kawalan ke atas sesuatu syarikat.
(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), orang yang berikut hendaklah dianggap sebagai orang yang bertindak bersama-sama melainkan jika dibuktikan sebaliknya:
(a) sesuatu perbadanan dan perbadanan yang berhubungan dan perbadanan sekutunya;
(b) sesuatu perbadanan dan mana-mana pengarahnya, atau ibu bapa, anak, abang atau kakak atau adik mana-mana pengarahnya, atau suami atau isteri mana-mana pengarah itu atau mana-mana saudara-mara sedemikian, atau mana-mana amanah yang berhubungan;
(c) sesuatu perbadanan dan mana-mana kumpulan wang pencen yang ditubuhkan olehnya;
(d) seseorang dan mana-mana syarikat pelaburan, unit amanah atau kumpulan wang lain yang pelaburannya diuruskan oleh orang itu atas dasar budi bicaranya;
(e) seseorang penasihat kewangan dan kliennya yang merupakan suatu perbadanan, jika penasihat kewangan itu menguruskan atas dasar budi bicaranya kumpulan wang perbadanan itu dan mempunyai sepuluh peratus atau lebih syer mengundi dalam perbadanan itu;
(f) seseorang yang memiliki atau mengawal dua puluh peratus atau lebih syer mengundi sesuatu perbadanan yang tergolong dalam perenggan (a) dan mana-mana ibu
bapa, anak, abang atau kakak atau adik orang itu, atau suami atau isteri orang itu atau mana-mana saudara-mara sedemikian, atau mana-mana amanah yang berhubungan bersama-sama dengan seorang atau beberapa orang yang tergolong dalam perenggan (a); dan
(g) apa-apa kategori orang lain sebagaimana yang ditetapkan dalam Kod.
(4) Bagi maksud subseksyen (2), suatu perjanjian, perkiraan atau persefahaman ertinya suatu perjanjian, perkiraan atau persefahaman sama ada formal atau tidak formal, sama ada bertulis atau lisan, sama ada nyata atau tersirat atau sama ada atau tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang atau ekuiti.
(5) Bagi maksud perenggan (3)(a), suatu perbadanan bersekutu ertinya suatu perbadanan yang berkenaan dengannya tidak kurang daripada dua puluh peratus syer mengundi perbadanan itu dipegang oleh perbadanan lain, perbadanan yang mula-mula disebut dengan itu menjadi perbadanan sekutu perbadanan yang satu lagi.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).